8 Teknik Pengurusan Duit Gaji Untuk Menambah Baik Kewangan Anda

8 Teknik Pengurusan Duit Gaji Untuk Menambah Baik Kewangan Anda

Celik kewangan dan bijak menguruskan wang adalah lebih daripada sekadar memenuhi keperluan hidup. Sebenarnya, pengurusan duit gaji dan kewangan anda secara keseluruhannya adalah mudah dan anda tidak perlu menjadi pakar matematik untuk menguruskan kewangan dengan sempurna. Yang penting ialah disiplin dan strategi pengurusan yang baik.

Kehidupan bakal menjadi lebih mudah apabila anda mempunyai kemahiran kewangan yang baik. Cara membelanjakan wang memberi kesan kepada skor kredit dan jumlah hutang yang anda tanggung. Jika anda bergelut dengan isu pengurusan wang seperti duit gaji walaupun memperoleh pendapatan yang lumayan, inilah masanya untuk memperbaiki tabiat kewangan anda.

Sebelum anda membuat perbelanjaan, terutamanya yang bernilai besar seperti mesin basuh atau set dapur baharu, semak dahulu kemampuan anda berdasarkan kepada belanjawan dan berapa banyak dana yang ada (setelah semua bil dibayar).

Tanpa belanjawan, strategi, dan halatuju kewangan yang kukuh, anda berisiko untuk dibebani hutang-hutang yang bakal menyulitkan lagi kehidupan seharian. Masih belum terlambat untuk anda membuat belanjawan dan menguruskan duit gaji/kewangan. Ikuti lapan teknik pengurusan duit gaji yang mudah ini:

  1. Sediakan belanjawan baharu
    • Ramai orang tidak membuat belanjawan kerana beranggapan ianya suatu proses yang sukar dan membosankan kerana melibatkan penyenaraian perbelanjaan, kira-kira, dan semakan semula segalanya yang melibatkan kewangan.
    • Jika anda lemah dalam pengurusan duit gaji, belanjawan boleh menjadi penyelamat anda. Belanjawan memastikan anda berada di landasan yang betul, sama ada secara mingguan atau bulanan. Cuba tumpukan pada kelebihan yang bakal anda nikmati sekiranya anda menetapkan belanjawan.
  2. Patuhi belanjawan anda dengan konsisten
    • Belanjawan anda tidak berguna jika ia dibiarkan. Rujuknya dengan kerap setiap hari atau sepanjang bulan untuk membantu membimbing keputusan perbelanjaan anda. Kemas kini apa-apa yang patut pada belanjawan semasa anda membayar bil dan membuat perbelanjaan bulanan.
  3. Tetapkan had untuk perbelanjaan tidak berbajet
    • Perkara penting untuk belanjawan anda ialah gaji bersih atau jumlah wang yang tinggal selepas anda menolak sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Social Security Organization (SOCSO), dan sebagainya yang wajib. Jika anda mempunyai lebihan wang, anda boleh menggunakannya untuk keinginan dan hiburan, namun pastikan anda menetapkan had dan pastikan sisakan sedikit wang yang ada untuk tabung simpanan.
  4. Jejaki dan sentiasa semak perbelanjaan anda
    • Pembelian bernilai kecil boleh menjadi besar jika anda tidak berhati-hati apabila berbelanja. Pastikan anda sentiasa jejak dan semak segala perbelanjaan untuk mengenal pasti di bahagian mana yang anda tidak sengaja boros berbelanja. Simpan semua resit dan senaraikan setiap perbelanjaan yang dibuat (sama ada harian, mingguan, atau bulanan) dan buat kategori yang berlainan untuk kemudahan.
  5. Elakkan menambah hutang bulanan baharu jika boleh
    • Hanya kerana pendapatan dan skor kredit anda melayakkan untuk pinjaman tertentu, ia tidak bermakna anda perlu mengambilnya. Jika tidak terlalu mendesak, mungkin anda boleh mengumpul wang terlebih dahulu.
    • Sekiranya anda benar-benar memerlukan pinjaman kerana kecemasan, terpulang kepada anda untuk memutuskan sama ada bayaran balik bulanan adalah berpatutan berdasarkan pendapatan dan kemampuan anda.
  6. Simpan wang untuk perbelanjaan bernilai besar
    • Keupayaan untuk menangguhkan sesuatu pembelian bernilai besar boleh menjadikan anda lebih berdisiplin dalam pengurusan kewangan. Apabila anda menangguhkan pembelian yang besar, anda sebenarnya memberi diri masa untuk menilai sama ada pembelian itu benar-benar perlu atau tidak.
    • Selain itu, dengan menyimpan wang untuk membeli sesuatu yang mahal dan tidak menggunakan kad kredit, anda boleh mengelak daripada membayar faedah ke atas pembelian itu; sekaligus menjimatkan perbelanjaan anda.
  7. Hadkan penggunaan kad kredit
    • Kad kredit boleh menjadi kawan atau lawan bergantung kepada cara penggunaan. Apabila kehabisan wang tunai, kebanyakan pengguna akan beralih kepada kad kredit tanpa mengambil kira sama ada mereka mampu membayar balik atau tidak. Tahan keinginan untuk menggunakan kad kredit anda untuk pembelian yang mahal, terutamanya untuk sesuatu yang tidak begitu penting.
  8. Menyimpan duit gaji sekurang-kurangnya 20%
    • Mendepositkan wang ke dalam akaun simpanan setiap bulan boleh membantu anda membina tabiat kewangan yang sihat. Anda juga boleh menetapkan pindahan wang secara automatik daripada akaun semasa anda ke akaun simpanan anda. Dengan cara ini, anda tidak akan terlupa membuat simpanan.
Rajah 1: Contoh Formula Pembahagian Gaji Deal daripada Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)

Menjadi seseorang yang celik kewangan memerlukan latihan dan disiplin yang tinggi. Pada permulaan mungkin sedikit sukar, namun jika anda biasakannya sedikit demi sedikit, lama-kelamaan ia akan menjadi tabiat yang semula jadi. Lebih awal anda mula, lebih baik.

Mengapa pengurusan wang penting? Tanpa pengurusan wang, kewangan anda boleh menjadi serabut; yang menyebabkan perbelanjaan berlebihan. Pengurusan wang boleh membantu anda mengendalikan pendapatan dan perbelanjaan anda dengan lebih baik supaya anda boleh membuat keputusan yang meningkatkan status kewangan anda.

Bagaimana nak menambah baik pengurusan wang? Anda boleh meningkatkan pengurusan wang anda dengan kerap menilai corak perbelanjaan secara mingguan atau bulanan. Jika anda mempunyai belanjawan, anda boleh menjejaki perbelanjaan dan melihat bagaimana ia sejajar dengan belanjawan anda. Ini seterusnya membantu anda dalam berusaha untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Contents

Pembiayaan syariah yang ditawarkan oleh Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)

Jom mohon pembiayaan syariah yang ditawarkan oleh Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP). Produk pembiayaan semula ini khas untuk penjawat awam Malaysia, kakitangan badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terpilih sahaja.

Antara ciri-ciri produk ini ialah:

  • Jumlah pembiayaan RM3,000 sehingga RM250,000
  • Kadar keuntungan serendah 6.66% setahun
  • Tempoh pembiayaan selama 1 tahun sehingga 10 tahun
  • Pembiayaan yang patuh syariah
  • Pendapatan minimum serendah RM1,500/bulan

Dapatkan pembiayaan peribadi syariah dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!

Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan  kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda sebagai penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah Pembiayaan Peribadi-i YayasanDewan Perniagaan Melayu Perlis.

Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minimum RM1,500 layak untuk memohon.

As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak.

Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih daripada satu produk untuk dimohon.

Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan