Terma dan Syarat
TERMA-TERMA PENGGUNAAN AM
KEMASKINI TERAKHIR: 28 JUN 2021
1. Perihal Umum
Laman web Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (“Laman”) dimiliki dan dikendali oleh Mezzanine Enterprise Sdn Bhd dan Kumpulan Syarikatnya (“MESB” dan/atau “Kami”).
Dengan menggunakan Laman ini:-
(a) anda menerima dan bersetuju untuk diikat oleh Terma-Terma Penggunaan. Kami boleh membuat perubahan atau menambah Terma-Terma Penggunaan dari semasa ke semasa. Anda dinasihatkan untuk memeriksa Laman ini secara berkala dan menyemak Terma-Terma Penggunaan. Penggunaan Laman ini oleh anda dan perubahan terhadap Terma-Terma Penggunaan akan membentuk perjanjian undang-undang di antara anda dan MESB dan penerimaan untuk terikat dengan, perubahan tersebut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma-Terma Penggunaan ini, anda harus tidak menerus menggunakan Laman ini; dan
(b) anda menyatakan dan menjamin bahawa anda mempunyai keupayaan undang-undang dan cukup umur untuk membentuk kontrak yang mengikat (termasuk 18 tahun ke atas). Anda bertanggungjawab terhadap semua pengaksesan ke Laman ini.Kami berhak untuk menyekat akses anda ke Laman ini atau sebahagian daripadanya. Akses ke kawasan larangan Laman ini mungkin tertakluk kepada pendaftaran dan syarat-syarat lain. Seandainya kami memberikan anda kebenaran untuk mengakses mana-mana kawasan larangan, kami boleh menarik balik kebenaran tersebut pada bila-bila masa (termasuk di mana anda melanggar mana-mana Terma-Terma Penggunaan ini). Kami juga boleh,mengikut budi bicara kami sendiri, menolak untuk menawarkan Laman ini kepada sesiapa atau sebarang entiti dan menukar produk-produk yang ditawarkan pada bila-bila masa.
2. Perihal Perkhidmatan
Laman ini adalah satu platform pengguna atas talian yang boleh digunakan secara percuma untuk mendapat pembiayaan peribadi.
3. Pemilikan dan Hak-Hak
Di mana Laman ini mengandungi sebarang kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang imej, video, komen, catatan, maklumat, data, teks, perisian, skrip, grafik, dan ciri interaktif yang dihasilkan dan/atau disediakan dan/atau diberikan oleh MESB (tidak termasuk sebarang serahan oleh anda)(“Kandungan”), Kandungan sedemikian adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, paten, rahsia perniagaan, atau hak dan undang-undang hak milik lain, yang mana terpakai dan dimiliki atau dikawal oleh Kumpulan MESB (dan/atau pemberi-pemberi lesennya) melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Anda mesti mematuhi dan mengekalkan semua notis hak cipta, maklumat, dan sekatan yang terkandung dalam sebarang Kandungan yang diakses melalui atau di Laman ini. Anda tidak boleh mencetak, menerbit, menyebar atau mengeluar semula kandungan yang terdapat dalam Laman ini dalam sebarang bentuk tanpa kebenaran nyata kami terlebih dahulu. Selanjutnya, sebarang penggunaan apa-apa kandungan tanpa kebenaran boleh melanggar hak cipta, tanda dagangan, dan undang-undang lain dan hak harta intelek MESB, pemberi-pemberi lesen MESB, dan/atau pihak-pihak ketiga.
4. Notis Privasi
Semasa anda mengguna Laman ini, kami boleh mengumpul dan mengguna maklumat mengenai anda (“data peribadi”) menurut Notis Privasi kami yang sedia ada.
5. Penggunaan Peribadi
Kebenaran anda untuk mengguna Laman ini adalah peribadi bagi anda dan tidak boleh dipindah milik, dan anda tidak boleh menggunakan Laman ini untuk tujuan-tujuan komersial. Anda bersetuju untuk tidak mengeluarkan semula, membuat salinan, menyalin, menjual, menperdagangkan, menjual semula, atau selainnya mengeksploitasi untuk sebarang tujuan komersial, mana-mana bahagian laman ini kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara nyata dalam Terma-Terma Penggunaan ini atau yang dibenarkan secarakhusus dalam satu perjanjian bertulis berasingan. Penggunaan Laman ini serta semua produk dan perkhidmatan berkaitan oleh anda adalah tertakluk kepada pematuhan anda terhadap Terma-Terma Penggunaan ini dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan:
(i) mengguna Laman ini untuk sebarang tujuan penipuan atau yang meyalahi undang-undang;
(ii) mengguna Laman ini untuk memfitnah, menyalahgunakan, mengganggu, menghendap, mengancam, atau melanggar hak-hak orang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak privasi, hak publisiti, atau hak harta intelek orang lain;
(iii) menyamar sebagai sesiapa atau sebarang entiti, menyatakan secara salah, atau sebaliknya memberi gambaran yang salah hubungan anda dengan sesiapa atau sebarang entiti yang berkaitan dengan Laman ini,atau secara nyata atau tersirat bahawa kami mengesahkan sebarang pernyataan yang anda buat;
(iv) mengganggu atau menggendalakan operasi Laman ini atau perkhidmatan-perkhidmatan atau rangkaian-rangkaian yang digunakan untuk menyediakan Laman ini; atau melanggarkan sebarang keperluan, prosedur, polisi, atau peraturan rangkaian-rangkaian sedemikian;
(v) menyampaikan atau sebaliknya menyediakan berkaitan dengan Laman ini sebarang virus, cecacing, atau kod komputer lain yang berbahaya atau invasif atau mungkin bertujuan untuk merosakan operasi, atau untuk mengawasi penggunaan, sebarang perkakasan, perisian, atau kelengkapan;
(vi) mengeluarkan semula, membuat salinan, menyalin, menjual, menjual semula, atau sebaliknya mengeksploitasi untuk sebarang tujuan komersial, mana-mana bahagian, kegunaan, atau akses kepada Laman ini;
(vii) mengubahsuai, menyesuaikan, menterjemah, melakukan kejuruteraan undur, mengurai, atau membongkar mana-mana bahagian Laman ini;
(viii) menghapuskan sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau notis hak milik lain daripada Laman ini atau bahan-bahan yang berasal daripada Laman ini;
(ix) membentuk atau mencermin mana-mana bahagian Laman ini tanpa persetujuan bertulis daripada kami terlebih dahulu;
(x) mencipta atau cuba untuk mencipta pangkalan data dengan memuat turun secara sistematik dan menyimpan kandungan Laman;
(xi) mengguna sebarang peranti manual atau automatik dalam apa jua cara untuk mengumpul kandungan Laman atau mengeluarkan semula atau memintasi struktur navigasi atau peragaan Laman ini tanpa kebenaran bertulis kami secara nyata terlebih dahulu. Kami menyimpan hak untuk membatalkan pengecualian-pengecualian ini sama ada secara umum atau dalam keadaan tertentu;
(xii) mencipta pautan-pautan yang tidak adil dan yang menyalahi undangundang dan/atau memperaga dalam cara yang mengelirukan atau boleh menimbulkan sebarang jenis perhubungan, kelulusan, atau sokongan daripada kami yang tidak wujud;
(xiii) melangkau sebarang langkah yang mungkin kami gunakan untuk menghalang atau menyekat akses ke Laman ini (atau akaun-akaun, sistem komputer, atau rangkaian-rangkaian lain yang bersambung dengan Laman ini);
(xiv) memperoleh atau mengumpul sebarang maklumat atau kandungan daripada Laman ini; dan
(xv) memudahkan atau menggalakkan pelanggaran atau sebaliknya mengambil sebarang tindakan yang melanggar Terma-Terma Penggunaan ini atau Notis Privasi tersebut.
6. Kandungan Pengguna
Beberapa ciri di Laman ini membolehkan anda untuk memuat naik dan/atau menyerah kandungan (“Kandungan Pengguna”). Melainkan data peribadi yang akan dikawal menurut Notis Privasi kami, kami berhak mengguna sebarang Kandungan Pengguna untuk sebarang tujuan komersial atau tujuan lain tanpa pampasan kepada anda, seperti yang kami tentukan mengikut budi bicara kami sendiri. Dengan memuat naik dan/atau menyerah sebarang Kandungan Pengguna, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda mempunyai semua hak, hak milik, dan kepentingan kepada Kandungan Pengguna sedemikian, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kebenaran dan kebenaran daripada mana-mana pihak ketiga yang diperlukan untuk anda memuat naik atau menyerah Kandungan Pengguna sedemikian. Dengan memuat naik atau menyerahkan Kandungan Pengguna tersebut, anda seterusnya bersetuju untuk memberi kami satu lesen yang tidak eksklusif, bebas royalti, berkekalan, seluruh dunia, boleh dipindah milik dan boleh disublesenkan untuk mengguna, menghos, menyimpan, mengeluarkan semula, mengubah suai, mencipta karya-karya terbitan daripadanya, menyampai, menerbit, menjalankan secara awam, mempamerkan secara awam, dan mengedarkan Kandungan Pengguna sedemikian. Kandungan Pengguna yang dimuat naik dan/atau diserah tidak boleh:
(i) melanggar atau mencabul sebarang hak harta intelek, hak pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad, sebarang hak privasi, hak publisiti, hak cipta, sebarang hak milikan atau sebaliknya merupakan pelanggaran sebarang perjanjian dengan sesiapa atau sebarang entiti;
(ii) memfitnah, memfitnah secara bertulis, mengancam secara menyalahi undang-undang, mengganggu, atau sebaliknya mengandungi perkaraperkara yang tidak menyenangkan;
(iii) bersifat menjelikkan, lucah, atau tidak senonoh;
(iv) tidak berkaitan dengan tujuan-tujuan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Laman ini; dan/atau
(v) selainnya melanggar sebarang undang-undang, statut, atau peraturan. Kandungan yang dihantar oleh pengguna tidak semestinya disaring atau disemak oleh kami untuk kesesuaian, kebolehpercayaan, dan/ataupematuhan terhadap sebarang undang-undang, dan kami tidak pada bila-bila masa memikul tanggungjawab sebegitu. Oleh itu, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, secara tersurat atau tersirat, mengenai kandungan yang dimuat naik atau diserah oleh pengguna-pengguna.Walau apa pun, tanpa memikul sebarang kewajipan untuk berbuat demikian, kami mungkin, dengan atau tanpa notis dan tanpa tanggungjawab, menghapuskan sebarang kandungan (termasuk Kandungan tersebut atau Kandungan Pengguna), menggantungkan atau menghapuskan sebarang akaun yang menurut pertimbangan kami melanggar sebarang Terma-Terma Penggunaan. Seandainya anda menyedari sebarang penyalahgunaan perkhidmatan-perkhidmatan kami oleh pengguna-pengguna lain, sila hubungi kami dengan menghantar satu e-mel kepada pertanyaan@yyp.com.my.
7. Pemautan
Laman ini mungkin menyediakan pautan-pautan kepada laman-laman web atau papadan daripada laman web lain dan/atau sumber-sumber dalam talian lain yang tidak dihos, dimilik atau dikendalikan oleh kami. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak menyokong laman-laman atau sumber-sumber luar sedemikian. Penggunaan laman-laman web dan sumber pihak ketiga oleh anda adalah pada risiko anda sendiri. Terma-terma penggunaan dan polisi privasi yang terpakai terhadap laman-laman sedemikian mungkin berbeza daripada terma-terma penggunaan dan polisi privasi yang terpakai terhadap Laman kami.
8. Penamatan
Kami boleh mengubah, menggantung, atau menamatkan mana-mana aspek Laman kami pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu atau memberikan sebarang alasan, termasuk kebolehsediaan sebarang ciri, aplikasi, pangkalan data, atau kandungan. Kami juga boleh mengenakan had-had terhadap ciri-ciri, produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan tertentu dan/atau mengehadkan akses anda kepada Laman ini atau sebahagiannya tanpa sebarang notis atau tanggungjawab dalam apa jua bentuk. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga selepas sebarang perubahan, penggantungan, atau penamatan sedemikian berkenaan mana-mana aspek Laman ini. Kami boleh menamatkan, tanpa menanggung sebarang tanggungjawab terhadap anda, dengan segera tanpa notis jika, pada pertimbangan kami, anda telah melanggar atau mencabuli maksud tersirat dalam Terma-Terma Penggunaan atau sebaliknya mewujudkan risiko atau kemungkinan pendedahan di sisi undang-undang kepada kami. Anda tidak boleh mengakses Laman ini setelah penamatan perjanjian ini tanpa kebenaran bertulis kami. Dalam semua kes sedemikian, Terma-Terma Penggunaan akan ditamatkan tetapi mana-mana seksyen Terma-Terma Penggunaan ini yang bertujuan dan diperlukan untuk terus wujud meskipun berakhirnya tempoh atau penamatan. Terma-Terma Penggunaan ini untuk mencapai tujuannya, akan terus wujud tanpa batasan.Anda boleh membatalkan atau menamatkan permohonan pembiayaan anda pada bila-bila dengan menghubungi kami di:
YAYASAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU PERLIS BERHAD
Pusat Perkhidmatan Pelanggan
-
Tingkat 19, Menara Teo Chew,
No.1, Jalan Lumut,
50400, Kuala Lumpur, Malaysia. - Tel: 03 - 4047 0888
- Emel: pertanyaan@yyp.com.my
9. Representasi Pengguna, Jaminan dan Tanggung Rugi
Anda bertanggunggjawab sepenuhnya terhadap sebarang Kandungan Pengguna yang dimuat naik atau diserah kepada Laman ini dan/atau cara yang anda menggunakan Laman ini. Kami tidak mengesahkan dan tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan yang diserahkan oleh para pengguna. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang penggunaan daripada akaun berdaftar atau katalaluan anda akan dianggap sebagai “penggunaan” dan dengan itu, penerbitan atau penerbitan semula oleh anda.
Anda bersetuju untuk menanggung rugi, membela, dan memegang lepas (‘hold harmless’) kami dan syarikat-syarikat induk/pegangan kami, syarikat-syarikat berkaitan, syarikat-syarikat bersekutu, anggota-anggota gabungan, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, ejen-ejen, dan mana-mana pembekal maklumat pihak ketiga kami daripada dan terhadap sebarang dan semua tuntutan, kerugian, perbelanjaan, ganti rugi dan kos, termasuk tetapi tidak terhad kepada, ganti rugi kecil, kerosakan berbangkit, ganti rugi teladan danganti rugi secara tidak langsung yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga, sama ada sebenar atau dakwaan yang ditimbul berkaitan dengan perkara berikut:
(i) penggunaan, penyalahgunaan, ketidakupayaan anda untuk mengguna,dan/atau mengakses Laman ini;
(ii) penggunaan sebarang Kandungan Pengguna oleh kami dan/atau yang timbul daripada atau berkaitan dengan Kandungan Pengguna yang dimuat naik atau diserahkan oleh anda di Laman ini;
(iii) sebarang penipuan, salah laku sengaja, kecuaian melampau, atau sebarang pelanggaran mana-mana terma dan syarat di bawah TermaTerma Penggunaan ini di pihak anda;
(iv) sebarang tuntutan terhadap kewajipan cukai kerajaan (termasuk sebarang penalti, faedah, atau lain-lain penambahan kepada cukai);
(v) sebarang kandungan atau maklumat yang anda sediakan di Laman ini; atau
(vi) sebarang pelanggaran, penyelewengan, atau lain-lain pelanggaran
sebarang paten, tanda dangangan, hak cipta, publisiti, privasi, rahsia perniagaan, atau lain-lain hak mana-mana pihak ketiga oleh anda, Kandungan Pengguna tersebut atau penggunaannya.
10. Penafian Jaminan dan Pembatasan Liabiliti
Kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk terhadap ketepatan, ketepatan masa, prestasi, kelengkapan, atau kesesuaian maklumat, kandungan (termasuk Kandungan tersebut), dan bahan-bahan yang terdapat atau ditawar di Laman ini untuk sebarang tujuan tertentu, dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, kami menafikan semua representasi atau jaminan, secara tersurat atau tersirat. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memastikan sebarang produk, perkhidmatan, atau maklumat yang terdapat melalui Laman ini memenuhi keperluan khusus anda.
Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Laman ini sentiasa tersedia pada setiap masa. Namun begitu, kami tidak boleh menjamin bahawa Laman ini atau sebarang fungsi, perkhidmatan, atau ciri individu Laman ini akan sentiasa tersedia. Khususnya, Laman ini mungkin tidak akan tersedia semasa tempoh kami melaksanakan atau menjalankan penyelenggaraan penting di Laman ini. Ketidaksediaan Laman ini atau kandungan tertentu di Laman ini mungkin disebabkan oleh pengubahsuaian dan penamatan sementara atau kekal, yang kami berhak untuk berbuat demikian, dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga untuk sebarang ketidaksediaan, pengubahsuaian, atau penamatan sebarang kandungan.
Kami tidak menjamin bahawa fungsi-fungsi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dan yang terkandung di Laman ini tidak akan terganggu atau tanpa kesilapan, bahawa kerosakan akan dibetulkan, atau bahawa Laman ini adalah bebas daripada virus-virus atau komponen-komponen lain yang berbahaya.
Setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, kami tidak menerima liabiliti terhadap sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk (termasuk tetapi tidak terhad kerugian sampingan, kerugian lanjutan, kehilangan data atau program-program, kehilangan keuntungan atau nama baik, gangguan perniagaan, kehilangan simpanan, atau sebarang ganti rugi langsung, tidak langsung, khas, teladan, atau punitif) yang dialami atau ditanggung oleh anda atau sesiapa atau sebarang entiti lain, bagaimana ditimbulkan sama ada daripada kontrak, tort, kecuaian, atau sebaliknya, walaupun jika kami telah dinasihatkan akan kemungkinan ganti rugi sedemikian, berkaitan dengan atau akibat daripada:
(i) Laman ini, sebarang Kandungan, dan/atau sebarang laman atau sumber yang dikait atau dirujuk atau diakses melalui Laman ini dan penggunaan, pengaksesan, pengendalian, dan/atau pergantungan anda di atau kepada Laman ini, sebarang Kandungan dan/atau sebarang laman atau sumber terpaut atau yang dirujukkan atau yang diakseskan melalui Laman ini;
(ii) sebarang penggunaan, muat turun, atau pengaksesan kepada sebarang bahan, maklumat, produk, atau perkhidmatan di Laman ini;
(iii) sebarang akses atau pindaan tanpa kebenaran kepada Kandungan Pengguna atau maklumat yang diserah melalui Laman ini;
(iv) ketidakupayaan untuk mengguna Laman ini atau sebarang bahan atau Kandungan di Laman ini atau sebarang kelengahan atau gangguan di Laman ini;
(v) sebarang laman web pihak ketiga yang dipautkan ke Laman ini termasuk maklumat dan kandungan dalamnya serta penggunaan, pengaksesan, atau pengendaliannya;
(vi) pengenalan kod-kod jahat atau komponen-komponen berbahaya lain yang timbul daripada penggunaan, pengaksesan, atau pengendalian Laman ini atau sebarang laman pihak ketiga yang dipautkan ke Laman ini;
(vii) glic-glic, pepijat-pepijat, kesilapan-kesilapan, atau apa-apa ketidaktepatan dalam apa jua bentuk di dalam Laman ini;
(viii) kerosakan terhadap peranti perkakasan anda daripada penggunaan Laman ini;
(ix) kandungan, tindakan-tindakan, atau ketiadaan tindakan pihak-pihak ketiga;
(x) suatu penggantungan atau tindakan lain yang diambil berkenaan dengan akaun anda;
(xi) keperluan anda untuk mengubah suai amalan-amalan, kandungan, atau tingkah laku atau kehilangan atau ketidakupayaan anda untuk menjalankan perniagaan, akibat daripada perubahan-perubahan Terma-Terma Penggunaan ini atau polisi-polisi kami;
(xii) sebarang bimbingan yang diberikan oleh kami; atau
(xiii) sebarang perkara lain yang berkaitan dengan Laman ini.
Pengeculian-pengecualian liabiliti di atas terpakai dalam semua kausa tindakan, sama ada berdasarkan kontrak, tort, atau sebaliknya.
Tanpa mengehadkan peruntukan-peruntukan lain di Klausa 10 ini, sekiranya kami bertanggungjawab terhadap anda untuk apa jua sebab, jumlah liabiliti kami terhadap anda untuk kesemua kerugian, ganti rugi, dan kausa tindakan (dalam kontrak, tort, termasuk tetepi tidak terhad kepada, kecuaian, liabiliti produk, dan liabiliti ketat, atau sebaliknya) tidak akan melebihi RM5,000.00.
11. Kelangsungan Klausa
Hak-hak dan kewajipan-kewajipan pihak-pihak yang terakru atau yang akan diakru akan terus wujud meskipun sebarang penggantungan atau penamatan Laman ini dan/atau Terma-Terma Penggunaan ini setakat mana kelangsungan akan ditafsirkan daripada klausa-klausa berkaitan dalam konteks penamatan
sedemikian. Khususnya, klausa 3, 8, 9, 10, 11, 12 dan 13 akan terus wujud meskipun sebarang penggantungan atau penamatan Laman ini dan/atau Terma-Terma Penggunaan ini untuk apa jua sebab.
12. Kebolehasingan
Seandainya mana-mana terma dalam Terma-Terma Penggunaan ini adalah atau menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang, atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam apa-apa cara di bawah undang-undang terpakai, kesahan, kesahihan, dan kebolehkuatkuasaan terma-terma lain tidak akan dijejaskan atau diganggu dalam apa jua cara.
13. Penepian
Kegagalan atau kelengahan kami untuk melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang hak dalam Terma-Terma Penggunaan tersebut tidak akan dianggap sebagai suatu penepian.
14. Tiada Serahhak
Terma-Terma Penggunaan ini tidak boleh diserahhak, dipindahkan, atau disublesenkan oleh anda tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu. Sebarang penyerahhanhak tanpa kebenaran akan terbatal dan tidak memberi efek. Kesemua hak dan kewajipan kami di bawah Terma-Terma Penggunaan ini adalah bebas diserahhak oleh kami berkaitan dengan mana-mana penggabungan, pemerolehan, atau penjualan aset, atau melalui penguatkuasaan undang-undang atau selainnya.
15. Undang-Undang yang Mentadbir dan Keseluruhan Perjanjian
Setiap pihak mengesahkan bahawa Terma-Terma Penggunaan ini merupakan keseluruhan persefahaman, dan membentuk keseluruhan perjanjian, berhubungan dengan isinya dan menggantikan sebarang perjanjian terdahulu, sama ada secara lisan atau bertulis, dan semua komunikasi lain antara pihak-pihak berkenaan dengannya dan, tanpa prasangka terhadap perkara-perkara umum terdahulu, tidak termasuk sebarang jaminan, syarat, atau akujanji lain yang tersirat melalui undang-undang, kelaziman, penggunaan, atau perjalanan urusan. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Terma-Terma Penggunaan ini, versi Bahasa Inggeris akan berkuatkuasa dan terpakai.
Terma-Terma Penggunaan ini akan ditadbir oleh dan ditafsir menurut undang-undang Malaysia dan pihak-pihak, secara kekal dan tidak dapat membatalkan lagi, menyerah kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia dan kami boleh memohon relif injunksi atau relif lain yang sewajarnya di mana-mana mahkamah di Malaysia.