Soalan Lazim

Senarai Soalan Lazim

Anda mempunyai sebarang soalan? Biarkan kami membantu anda.

  • Tentang YYP
  • Permohonan Pembiayaan
  • Ansuran Bulanan
  • Penyelesaian Awal
  • Lain - lain

1. Apakah Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (“YYP”)?
YYP ialah sebuah yayasan dengan nombor pendaftaran syarikat 199201018259 (249763-U) terhad kepada jaminan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016. Ia BUKAN sebuah koperasi di bawah Akta Koperasi 1993.

2. Apakah produk yang ditawarkan oleh YYP?
Kami menawarkan pembiayaan peribadi patuh shariah tanpa jaminan kepada Penjawat Awam Malaysia dan kakitangan Badan Berkanun atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”) yang terpilih. Kadar keuntungan bagi produk YYP dikira berdasarkan kadar tetap dan penilaian kredit. Perkhidmatan pembiayaan kami adalah telus, cepat dan adil.

1. Adakah saya layak memohon pembiayaan YYP?
Anda layak momohon jika anda memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bekerja sebagai Penjawat Awam Malaysia dan kakitangan Badan Berkanun atau GLC yang terpilih.
  3. Berumur 20-58 tahun. Umur maksimum bagi pelanggan yang berkhidmat sebagai pegawai polis adalah 55 tahun.
  4. Pekerja tetap dengan  sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan.
  5. Pendapatan kasar bulanan minimum sebanyak RM1,500.
  6. Tiada dalam senarai muflis atau bankrap.
  7. Lulus skor kredit YYP.

2. Bagaimanakah saya boleh memohon pembiayaan YYP?
Anda boleh memuat turun borang permohonan kami di sini atau menghubungi Pegawai Pemasaran kami di 03-4047 0827.

3. Apakah maklumat yang perlu disediakan untuk permohonan pembiayaan saya?
Anda dikehendaki menyediakan:

  1. Salinan Kad Pengenalan (“KP”).
  2. Salinan Kad Pengenalan Polis yang disahkan (jika berkenaan).
  3. Salinan sah 3 bulan slip gaji terkini – disahkan oleh majikan.
  4. Penyata bank terkini (akaun gaji / akaun menerima pembiayaan).
  5. Surat pengesahan jawatan.
  6. Surat opsyen, jika berkenaan.
  7. Surat penukaran jabatan atau surat penempatan, jika berkenaan.
  8. Penyata penyelesaian awal, jika berkenaan.

4. Adakah saya perlu memberi maklumat peribadi yang lain, cth. laporan kredit?
Tidak perlu. Walau bagaimanapun, persetujuan anda untuk mendedahkan laporan kredit diperlukan untuk memudahkan proses permohonan pembiayaan. Maklumat kredit anda akan digunakan sebagai sebahagian daripada pertimbangan semasa menawarkan produk pembiayaan.

5. Adakah penjamin atau cagaran diperlukan?
Tiada penjamin atau cagaran diperlukan untuk pembiayaan peribadi YYP.

6. Adakah maklumat peribadi yang saya bekalkan untuk permohonan saya selamat?
Maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat mengikut terma-terma Penggunaan Am dan Notis Peribadi kami. Kami menyimpan, melindungi dan memproses data peribadi anda dengan cara yang selamat dengan mengekalkan perlindungan fizikal, elektronik dan prosedur yang mematuhi undang-undang Malaysia. Sehubungan dengan perlaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kami telah mengambil langkah bagi memastikan pematuhannya. Kami akan sedaya upaya berusaha untuk mencegah sebarang pemprosesan yang tidak dibenarkan dan / atau menyalahi undang-undang, dan kehilangan, kemusnahan atau kerosakan yang tidak sengaja kepada data peribadi anda. Sila rujuk laman web kami untuk Terma-terma Penggunaan Am dan Notis Peribadi kami.

7. Bagaimanakah saya ingin menukarkan / mengemaskini maklumat setelah menghantarkan permohonan?
Untuk menukar atau mengemaskini maklumat anda selepas menghantar permohonan, sila hubungi wakil pemasaran yang mengendalikan permohonan anda di 03-4047 0827.

8. Adakah produk pembiayaan peribadi YYP mematuhi shariah? Apakah konsep shariah yang digunakan?
Ya, produk pembiayaan peribadi YIR adalah mematuhi konsep shariah yang disarankan oleh badan penasihat shariah.

Konsep shariah yang digunakan adalah Komoditi Murabahah melalui penyusunan Tawarruq, di mana pelanggan (melalui YYP sebagai ejen) membeli komoditi daripada YYP secara bayaran tertangguh (ansuran) dan melantik YYP untuk menjual komoditi tersebut bagi pihak pelanggan kepada pihak ketiga atas dasar bayaran serta merta. Aset di dalam kontrak jualan dan belian merupakan komoditi yang patuh shariah. Hasil jualan komoditi akan dikreditkan ke dalam akaun pelanggan semasa proses pengeluaran.

9. Berapakah jumlah kelayakan yang boleh saya pinjam dan berapa lama?
Sila rujuk jadual berikut:

No. Pekerja Tetap (RM)
Min Jumlah Pembiayaan
Semenanjung Malaysia: 3,000

Sabah/Sarawak: 2,500
Max Jumlah Pembiayaan
250,000
Tempoh Pembiayaan
1 – 10 tahun *

*Tertakluk kepada penilaian kredit.

10. Apakah kadar keuntungan untuk produk pembiayaan YYP?
Kadar keuntungan yang ditawarkan boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung pada produk kami yang terkini. Pada masa ini, kadar keuntungan kami adalah daripada 5.99% tahunan kepada 9.99% tahunan, yang akan ditawarkan bergantung pada profil kredit dan rekod kewangan anda. Kadar keuntungan akan tetap seperti yang dinyatakan dalam perjanjian sepanjang tempoh pembiayaan.

11. Adakah rebat tunai ditawarkan untuk permohonan pembiayaan peribadi YYP?
Permohonan pembiayaan peribadi YYP tidak menawarkan sebarang rebat tunai, pulangan tunai atau ganjaran tunai.

12. Adakah pembayaran atau ansuran lanjutan yang perlu saya tanggung?
Perbelanjaan akan ditolak terdahulu daripada jumlah pembiayaan asal anda dan termasuk tetapi tidak terhad kepada, yuran pemprosesan, yuran broker, duti setem, caj pentadbiran, yuran langganan, dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (“SST”), jika berkenaan. Ansuran lanjutan sehingga 2 bulan, adalah tertakluk kepada produk yang ditawarkan kepada anda berdasarkan profil kredit dan rekod pembayaran anda dan juga akan ditolak terdahulu daripada jumlah pembiayaan asal anda. Tiada yuran guaman atau pembayaran pihak ketiga akan dikenakan selepas anda menerima pembiayaan anda.

Oleh kerana bayaran yuran dan caj telah ditolak, anda tidak perlu membayar lagi kepada orang lain apa-apa bayaran lanjut dalam apa jua keadaan. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-4047 0827 jika anda diminta untuk membayar sebarang bayaran tambahan oleh Wakil Pemasaran dengan segera.

13. Adakah terdapat liputan perlindungan insurans atau Takaful untuk produk ini?
Tiada liputan perlindungan insurans atau Takaful untuk produk pembiayaan peribadi ini.

14. Berapakah jumlah pembiayaan bersih yang akan saya terima?
Jumlah pembiayaan bersih adalah jumlah setelah menolak semua yuran yang diperlukan dan ianya tertakluk kepada produk yang ditawarkan kepada anda. Ini akan dikemukakan dengan jelas kepada anda untuk dipertimbangkan sebelum pengesahan untuk meneruskan permohonan pembiayaan semasa proses akad.

15. Bila dan bagaimanakah saya akan menerima pembiayaan?
Permohonan pembiayaan peribadi anda akan diproses dan dibayar dalam tempoh 48 jam, tertakluk kepada kelengkapan dokumen, pengesahan majikan dan pengesahan pelanggan melalui akad. Perolehan akan dikreditkan ke akaun anda melalui pemindahan telegraf.

16. Apakah maksud akad?
Akad adalah perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dalam proses urusniaga pembiayaan peribadi. Pelanggan perlu memahami soalan dan / atau pengesahan yang dikemukakan semasa proses akad dan memberikan butiran yang sewajarnya. Semua perbualan semasa akad akan dirakam.

17. Adakah saya akan dimaklumkan mengenai permohonan saya sekiranya permohonan saya diluluskan / ditolak / dibatalkan?
Kami akan menghubungi anda untuk pengesahan pelanggan (akad) semasa proses permohonan. Anda akan dimaklumkan melalui emel sebaik sahaja pembiayaan dikreditkan ke dalam akaun selepas permohonan anda diluluskan. Dengan ini, emel anda diperlukan. Sila ambil perhatian bahawa YYP mempunyai hak penamatan seperti yang tertera dalam soalan 19 di bawah. Untuk menerima status permohonan semasa anda, sila hubungi wakil pemasaran yang mengendalikan permohonan anda.
 

18. Bagaimanakah saya menarik balik atau membatalkan permohonan saya?
Anda berhak untuk menarik balik atau membatalkan kemudahan pembiayaan pada bila-bila masa tertakluk pada berikutnya:
i. Sebelum pembiayaan diterima
Anda boleh menarik balik permohonan anda dengan menolak tawaran dan menyatakan keinginan anda semasa proses akad. Sebaliknya, sila hubungi wakil pemasaran yang mengendalikan permohonan anda.
ii. Selepas pembiayaan diterima
Anda hanya boleh membatalkan permohonan anda seperti berikut:

  • Dalam masa 14 hari dari tarikh surat tawaran dan hasil jualan komoditi telah dikeluarkan,
    a. jumlah penuh pembiayaan mesti dipulangkan kepada YYP;
    b. yuran pembatalan sebanyak RM250 akan dikenakan; dan
    c. cukai yang dikenakan ke atas yuran dan caj yang dibayar sebelumnya dan diserahkan kepada pihak berkuasa akan ditanggung oleh anda.
  • Dalam masa 15 hingga 30 hari dari tarikh surat tawaran dan hasil jualan komoditi telah dikeluarkan,
    a. jumlah penuh pembiayaan mesti dipulangkan kepada YYP;
    b. yuran pembatalan sebanyak RM250 ditambah keuntungan 30 hari dari jumlah kemudahan akan dikenakan; dan
    c. cukai yang dikenakan ke atas yuran dan caj yang dibayar sebelumnya dan diserahkan kepada pihak berkuasa akan ditanggung oleh anda.
  • Setelah melebihi 30 hari dari tarikh surat tawaran dan hasil jualan komoditi telah dikeluarkan, pembatalan akan dikira sebagai penyelesaian awal. Anda akan diminta untuk membayar Tunggakan Harga Jualan. Apa-apa rebat (Ibra’) yang akan ditolak dari Tunggakan Harga Jualan adalah tertakluk kepada budi bicara YYP. Sila rujuk soalan 4 dalam butiran “Ansuran Bulanan” untuk pengiraan rebat (Ibra’). 

19. Mengapa permohonan saya ditolak/kemudahan ditamatkan?
i. Pemohonan ditolak sebelum pembiayaan diterima
Permohonan yang tidak memenuhi syarat seperti yang tersenarai dalam soalan 1 di butiran “Permohonan Pembiayaan” boleh dibatalkan. Permohonan anda juga boleh ditolak bergantung kepada profil kredit anda, keadaan kewangan semasa dan komitmen.
ii. Kemudahan ditamatkan selepas pembiayaan diterima
YYP berhak untuk menamatkan kemudahan yang diterima dan mempercepatkan pembayaran kemudahan dan/atau permintaan bayaran penuh dalam tempoh empat belas (14) hari notis bertulis jika mana-mana kejadian seperti berikut berlaku:

  • Kemungkiran dalam membayar mana-mana ansuran atau pembayaran dan / atau wang lain jika perlu dibayar.
  • Penyampaian petisyen kebankrapan terhadap pelanggan.
  • Jika pelanggan telah menjadi tidak waras atau mati.
  • Jika maklumat yang diberikan oleh pelanggan terbukti tidak betul atau mengelirukan atau mengandungi fakta yang tertinggal.
  • Jika pada pendapat mutlak dari YYP, kemudahan itu tidak dikendalikan dengan memuaskan.
  • Jika prosiding undang-undang, mana-mana tuntutan tindakan dimulakan terhadap pelanggan.

1. Bagaimanakah proses pembayaran ansuran bulanan berfungsi?
Anda harus memastikan bayaran ansuran bulanan dibayar pada setiap bulan yang mana ansuran bulanan dibuat melalui potongan gaji bulanan. Pembayaran ansuran bulanan akan dibuat melalui kemudahan Direct Debit atau arahan tetap sekiranya skim potongan gaji bulanan tidak dapat diaktifkan dan / atau diberhentikan. Pelanggan juga bertanggungjawab untuk memberi notis bertulis kepada YYP sekiranya terdapat perubahan pada akaun kemasukan gaji bulanan / akaun yang dinyatakan dalam Borang Kebenaran Direct Debit serta mengemaskini butiran akaun dengan YYP dan menandatangani Borang Kebenaran Direct Debit yang baru.

2. Mengapakah terdapat perbezaan antara ansuran bulanan yang tertera dalam Perjanjian Jualan Komoditi dengan slip gaji saya?
Perbezaan tersebut adalah caj yang dikenakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, pihak yang mengendalikan potongan gaji, dan SST.

3. Bagaimanakah ansuran bulanan dikira?
Formula pengiraan ansuran bulanan adalah seperti berikut:

Ansuran Bulanan* = ((P x I x N) + P) / n

P  = Jumlah Kemudahan
I  = Kadar Keuntungan setahun
N = Tempoh dalam tahun
n = Tempoh dalam bulan

*Tidak termasuk yuran kutipan 2.12%.

4. Bagaimana jika saya terlebih bayar untuk ansuran bulan ini? 
Semua bayaran lebih akan dianggap sebagai bayaran pendahuluan dan digunakan untuk menolak baki kasar atau jumlah tertunggak. Bayaran pendahuluan tidak dikira pendahuluan ansuran dan tidak akan mengurangkan pembayaran keuntungan dan / atau jumlah ansuran masa depan. Pembayaran balik jumlah ansuran asal masih diperlukan pada bulan berikutnya.

5. Bilakah pembayaran ansuran bulanan saya bermula?
Pembayaran ansuran bulanan akan tertera dalam slip gaji 1 bulan selepas anda menerima pembiayaan. Sebagai contoh, pembayaran ansuran bulanan anda akan bermula pada slip gaji Jun 2021 setelah menerima pembiayaan anda pada bulan Mac 2021.

1. Bolehkah penyelesaian awal dibuat ke atas pembiayaan peribadi saya? Apakah prosedurnya?
Ya, penyelesaian awal pembiayaan anda dibenarkan dengan mengikuti 2 langkah yang mudah.

  • Dapatkan Penyata Penyelesaian Awal anda

    Anda perlu memohon Penyata Penyelesaian Awal sebelum membuat bayaran pembiayaan peribadi anda. Untuk mendapatkan Penyata Penyelesaian Awal:
    • Lengkapkan borang permohonan perkhidmatan di sini.
    • Emel borang permohonan perkhidmatan yang lengkap diisi dan bertandatangan, salinan kad pengenalan (depan dan belakang) dan salinan penyata bank/buku bank ke pertanyaan@yyp.com.my.

    Tempoh pemprosesan penyata adalah tiga minggu dari tarikh penerimaan permohonan lengkap.

  • Bayar dan selesaikan pembiayaan peribadi anda
    Selepas menerima Penyata Penyelesaian Awal anda, anda boleh membuat bayaran pembiayaan tertunggak anda berdasarkan jumlah yang tertera dalam penyata. Cara pembayaran untuk penyelesaian awal akan disemak dari semasa ke semasa. Sila rujuk Penyata Penyelesaian Awal untuk cara pembayaran.

    Rebat (Ibra’) untuk penyelesaian awal akan mengikut budi bicara dan tertakluk kepada
    polisi dalaman dan dikira seperti berikut:

    Rebat (Ibra’) = Keuntungan Belum Diperolehi x Kadar Polisi Dalaman

    Rebat akan tertera sebagai pengurangan dalam elemen keuntungan belum diperolehi bagi kemudahan pembiayaan dan bukan dalam bentuk tunai yang akan dibayar kepada anda. Dengan ini, jumlah penyelesaian dikira seperti berikut:

    Jumlah Penyelesaian = Tunggakan Harga Jualan – Rebat (Ibra’)

1.  Bolehkah saya memohon untuk menaikkan atau mengurangkan tempoh pembiayaan?
Tidak, menaikkan atau mengurangkan tempoh pembiayaan tidak dibenarkan. Tempoh pembiayaan adalah tetap seperti termaktub dalam kelulusan pembiayaan.

2. Apakah implikasi sekiranya saya gagal menunaikan kewajipan pembayaran saya?
Sekiranya anda gagal membuat bayaran ansuran pada tarikh yang ditetapkan, caj bayaran lewat berikut akan dikenakan:

  • Semasa Tempoh Pembiayaan
    Caj bayaran lewat sebanyak 1.0% setahun ke atas bayaran ansuran tertunggak akan dikenakan.
    Formula = (Bayaran Ansuran Tertunggak x 1% x No. Hari Tertunggak) / 365 hari

  • Selepas Tempoh Matang Pembiayaan
    Caj bayaran lewat berdasarkan kadar semasa Pasaran Wang Antara Bank Islam (Islamic Interbank Money Market atau “IIIM”) akan dikenakan ke atas jumlah tertunggak Harga Jualan sehingga pembayaran penuh Harga Jualan. Jumlah caj bayaran lewat yang dikenakan tidak akan dikompaun pada jumlah tertunggak Harga Jualan.

    Formula= (Tunggakan Harga Jualan (tolak Ibra’/rebat) x IIMM% x No. Hari Tertunggak) / 365 hari

  • Kemungkiran Bayaran
    Sekiranya berlaku kemungkiran (tiada bayaran) pada satu (1) atau lebih bulan ansuran, tindakan undang-undang akan diambil jika anda gagal memberi maklum balas terhadap notis peringatan.

  • Hak Tolakan (Offset) Jumlah Tunggakan
    Jika anda mempunyai jumlah tertunggak daripada pembiayaan lain bersama YYP, YYP berhak untuk menolak jumlah tunggakan daripada jumlah pembiayaan yang baru sebelum dikreditkan kepada anda.

    YYP berhak untuk mengambil tindakan undang-undang dan semua kos akan ditanggung oleh anda. Tindakan undang-undang terhadap anda akan menjejaskan penilaian kredit anda dan menyebabkan kredit yang lebih sukar atau mahal untuk anda perolehi.

3. Bolehkah saya memohon lebih dari satu akaun dibawah pembiayaan peribadi YYP?
Ya, anda boleh memohon lebih dari satu akaun untuk pembiayaan peribadi YYP tertakluk pada penolakan gaji akaun sebelumnya yang telah sempurna.

4. Bolehkah saya memohon untuk pengurangan kadar keuntungan?
Tidak, kadar keuntungan adalah tetap sejak dari peringkat kelulusan lagi. Ia berdasarkan penilaian kredit dan kelayakan penolakan gaji.

5. Bolehkah saya membayar pembiayaan lain-lain seperti kad kredit atau penyatuan pembiayaan peribadi menggunakan pembiayaan yang dipohon melalui YYP?
Ya, anda boleh lakukan. Anda perlu memberitahu kami semasa di peringkat permohonan dan menyediakan dokumen-dokumen sepatutnya untuk tindakan lanjut.

6. Dari manakah saya boleh mendapat bantuan dan pembelaan?
Sekiranya anda menghadapi kesulitan dalam memenuhi kewajipan pembayaran anda dan/atau ingin membuat aduan mengenai produk atau perkhidmatan kami, sila hubungi kami di :