YYP: Program Sumbangan Duit Raya Aidilfitri 2022 kepada Golongan Asnaf

YYP: Program Sumbangan Duit Raya Aidilfitri 2022 kepada Golongan Asnaf

17 April 2022

Pada 17 April 2022, YYP telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada golongan asnaf sempena bulan Ramadhan iaitu bulan umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Program ini dijalankan selepas semua Jemaah mengerjakan solat Asar di Surau Ampang Saujana.

Sumbangan telah diagihkan oleh Ketua Pengerusi YYP, Encik Narhamdan Bin Abd Malek kepada 70 orang golongan asnaf untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri 2022. Iman dan Ahli jawatan kuasa surau juga turut serta membantu mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan bagi meluaskan serta memberikan manfaat kepada golongan asnaf di seluruh Malaysia.

YYP sentiasa prihatin dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan berharap agar dengan usaha yang sederhana ini dapat meringankan beban semua.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan