YYP Menganjur Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Tahfiz

YYP Menganjur Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Tahfiz

16 April 2022

Pada 16 April 2022, YYP melancarkan majlis berbuka puasa sempena meraikan bulan Ramadhan yang bertempat di Kelab Darul Ehsan Ampang. Majlis diraikan dengan meriah bersama 40 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Mafathul Ulum (almafaatih) dan 4 orang ustaz.

YYP juga menyampaikan sumbangan berupa jubah kepada semua pelajar dan para ustaz. Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Mafathul Ulum mengucapkan jutaan terima kasih diatas semua sumbangan yang disampaikan dan mendoakan agar Allah swt membalas dengan sebaik-baik balasan kepada semua penyumbang.

YYP komited dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan mendoakan agar kehidupan mereka sentiasa dipermudahkan.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan