YYP: Bantuan Duit Raya kepada Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal

YYP: Bantuan Duit Raya kepada Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal

23 April 2022

Pada 23 April 2022, YYP telah mengadakan sebuah majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak Yatim dan ibu tunggal yang diadakan di Masjid Bukit Indah Ampang, Selangor.

Pihak YYP mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudiaan Majlis Agama Islam Selangor dan Masjid Bukit Indah Ampang dapat meluangkan masa dan mencurahkan tenaga demi menjalankan misi sumbangan seperti ini.

Majlis ini bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik serta menyuburkan semangat kesukarelawan dalam kalangan umat Islam. Diharapkan program seperti ini akan terus mendapat sokongan dan bantuan daripada semua pihak. Semoga dengan sumbangan ini, akan mengukir lebih banyak senyuman di wajah mereka yang memerlukan.

YYP berharap agar program sebegini sentiasa dapat diadakan di masa hadapan bagi meringankan beban di samping menambahkan lagi keceriaan golongan anak yatim dan ibu tunggal dalam menjalani ibadah puasa.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan