4 Januari 2022
Banjir kali ini lebih teruk melanda di Malaysia berbanding dengan 1971.
Sejak 17 Disember 2021, puluhan ribu mangsa banjir telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara. Jumlah angka lebih daripada 50 kematian dilaporkan sepanjang musim banjir melanda.
YYP menuju ke Hulu Langat dan mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada mangsa yang terjejas akibat daripada banjir pada 20 Disember 2021 sehingga 30 Disember 2021. Lebih daripada 550 mangsa menerima bantuan makanan selama 11 hari berturut-turut.
YYP komited dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kami mendoakan kehidupan mereka yang terjejas akan kembali seperti sedia kala.