Tanda Penipuan (Scam) Pembiayaan Peribadi Dan Apa Perlu Buat Jika Ditipu?

Tanda Penipuan (Scam) Pembiayaan Peribadi Dan Apa Perlu Buat Jika Ditipu?

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Mari kita pelajari tanda-tanda scam pembiayaan peribadi agar tidak sesal di kemudian hari!

Sebagai rakyat Malaysia, kemungkinan besar anda mempunyai kenalan yang pernah atau hampir menjadi mangsa scam (penipuan). Jika tidak, anda pasti sering terbaca berita mengenai scam.

Mengikut angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, sebanyak 107,716 kes penipuan dalam talian telah direkodkan dari tahun 2020 hingga 2023. Anggaran kerugian untuk tempoh tersebut pula adalah sebanyak RM3.2bilion!

Memandangkan orang ramai biasanya memohon pembiayaan kerana berada dalam keadaan yang memerlukan wang tetapi akhirnya ditipu, artikel ini menumpukan kepada tanda-tanda penipuan pembiayaan peribadi.

Berikut merupakan 5 tanda utama penipuan pembiayaan peribadi:

  • Memerlukan maklumat peribadi yang mencurigakan
    • Dalam banyak modus operandi yang digunakan oleh scammer, meminta maklumat peribadi adalah tanda yang paling utama. Ini kerana mereka lebih ingin mencuri identiti anda. Dengan maklumat tersebut, mereka bukan sahaja boleh menyamar menggunakan identiti anda untuk menipu orang lain, mereka boleh juga mengambil wang anda.
    • Oleh itu, pastikan maklumat seperti berikut tidak boleh dikongsi dengan orang yang mencurigakan:
      • Salinan kad pengenalan, lesen memandu atau maklumat akaun bank
      • Sebarang kata laluan (perbankan dalam talian, media sosial
      • TAC yang dihantar kepada telefon anda
      • Maklumat peribadi ahli keluarga
    • Pastikan anda ketahui dokumen sebenar yang diperlukan dengan melayari laman sesawang bank dan jadikan sebagai rujukan.
  • Tawaran pembiayaan peribadi yang tidak masuk akal
    • Sebagai pemberi pembiayaan yang sah, pihak berkuasa pasti akan menjalankan proses penilaian yang komprehensif sebelum memberikan kelulusan bagi pembiayaan. Selain itu, Bank Negara Malaysia (BNM) juga terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti sebelum mengeluarkan pembiayaan.
    • Oleh itu, usah terpedaya denga tawaran yang tidak masuk akal seperti kadar faedah 0%, kelulusan hampir 100%, dan tiada had pada tempoh pembiayaan.
  • Meminta bayaran terlebih dahulu sebelum terima duit pembiayaan
    • Scammer biasanya akan memberi pelbagai alasan untuk meminta wang deposit daripada anda sebelum memindahkan wang pembiayaan ke dalam akaun anda. Mereka mungkin mengatakan bahawa bayaran ini sebagai cukai kerajaan, yuran proses, atau bayaran lain yang tidak sepatutnya dikenakan. Usah terpedaya!
    • Pemberi pembiayaan yang sah tidak akan meminta bayaran pendahuluan sebelum proses pembiayaan diselesaikan sepenuhnya. Sebarang yuran atau caj pemprosesan (sekiranya ada) akan ditolak terus dari jumlah pembiayaan yang diluluskan. Jika anda berasa curiga, lebih baik laporkan aktiviti tersebut.
  • Meminta kad ATM/kad debit diserahkan terlebih dahulu
    • Di dalam sesetengah kes, pihak scammer akan meminta anda untuk menyerahkan kad ATM atau kad debit anda apabila membuat permohonan. Alasan yang diberikan adalah mengeluarkan wang bagi tujuan caj pemprosesan sebelum memulangkan kad anda.
    • Ini sebenarnya memberikan mereka akses kepada wang anda dan maklumat kewangan yang sensitif. Seperti yang dinyatakan pada tanda penipuan ketiga (3) di atas, sebarang yuran atau caj pemprosesan (sekiranya ada) akan ditolak terus dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.
  • Memaksa anda membuat keputusan/bertindak segera
    • Pihak scammer tidak mahu anda mengubah fikiran dan lantaran itu akan cuba mendapatkan tandatangan daripada anda secepat mungkin. Mereka akan cuba memperdayakan anda dengan kenyataan seperti “tawaran tempoh terhad” yang akan berakhir beberapa hari sahaja lagi.
    • Mereka juga mungkin cuba menakutkan anda dengan “yuran pembatalan” kerana mereka sudah mulakan proses pembiayaan, maklumat sudah dimasukkan, dan lain-lain. Hakikatnya, anda tidak boleh dikenakan sebarang yuran pembatalan sekiranya anda belum menandatangani perjanjian.

Contents

Apa perlu buat jika terkena scam?

Berikut adalah apa yang perlu anda lakukan sekiranya menjadi mangsa scam:

  • Segera hubungi bank anda
    • Sekiranya anda telah memberikan maklumat bank atau menyerahkan kad ATM anda, anda perlu segera hubungi hotline bank anda yang beroperasi 24 jam setiap hari. Ini termasuk keadaan di mana anda menyedari berlakunya transaksi y ang tidak dibenarkan atau tidak disedari dalam akaun bank anda.
    • Anda masih perlu melaporkan penipuan tersebut kepada bank anda walaupun insiden scam tersebut sudah berlaku agak lama, sebagai contoh, lebih daripada 24 jam.
  • Hubungi talian hotline Pusat Response Scam Kebangsaan (NSRC) dengan mendail 997
    • Bagaimanapun, talian hotline NSRC hanya boleh dihubungi antara jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari, termasuk cuti umum. Anda masih digalakkan untuk menghubungi bank anda walaupun sudah menghubungi talian ini.
  • Buat laporan polis
    • Tindakan utama yang perlu anda lakukan adalah menghubungi bank dan NSRC. Namun, sesudah itu, anda juga perlu membuat laporan polis di balai polis yang berdekatan supaya mereka boleh memulakan siasatan secara rasmi.

Kini Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) adalah pembiayaan yang tulus!

Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) adalah sebuah pembiayaan patuh Syariah khusus buat pekerja berstatus tetap (atau kontrak KEMAS) kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajaan/badan berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon hanya RM1,500 sebulan (termasuk elaun). Selain proses yang mudah dan cepat, Pembiayaan Peribadi-i YYP mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Jumlah pembiayaan: RM3,000 – RM300,000
  • Tempoh pembiayaan: 1 – 10 tahun
  • Kadar keuntungan Tetap: 6.65% – 9.99% setahun
  • Konsep Syariah yang diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
  • Proses sepantas 24 jam
  • Tiada yuran guaman

Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang diperlukan juga adalah mudah iaitu:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini
  • Surat pengesahan jawatan
  • Salinan penyata/buku akaun simpanan

Dapatkan pembiayaan peribadi yang mudah dan cepat untuk penjawat awam di sini!

As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk- produk yang anda layak memohon.

Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.

Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran. Mohon segera disini!

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan