Sumbangan Peralatan Perubatan untuk Kegunaan Wad ICU di Hospital Ampang, Selangor.

Sumbangan Peralatan Perubatan untuk Kegunaan Wad ICU di Hospital Ampang, Selangor.

Majlis Penyerahan Sumbangan di Hospital Ampang pada 17 Ogos 2021.
Dari kiri: Dr. Suraya (Doktor Pakar), En. Mohd Said Adnan (Timbalan Pengarah Pengurusan), Dr. Kasuadi Hussin (Pengarah),
Dr. Zulfadzli Yunus (Timbalan Pengarah Perubatan) dan Pn. Matron Hamidah Midak (Ketua Penyelia Jururawat).

RCE Capital Berhad telah menyumbangkan peralatan perubatan bernilai RM99,000 untuk kegunaan Wad ICU di Hospital Ampang, Selangor.

KUALA LUMPUR: Sebagai sokongan kepada sistem kesihatan awam dalam merawat pesakit kritikal COVID-19 di dalam Wad Unit Rawatan Rapi (“ICU”) RCE Capital Berhad (“RCE”) pemberi dana kepada Yayasan Ihsan Rakyat (“YIR”), meneruskan usaha untuk menyumbang peralatan perubatan kepada Hospital Ampang (“HA”). Malaysia telah mencatatkan kes harian ke paras tertinggi dengan 21,668 kes baharu pada minggu lalu.

Peralatan perubatan bernilai RM99,000 yang terdiri daripada 1 unit ventilator mekanikal Hamilton-C1 dan 5 unit Pam Syringe Medcaptain MP-30. Peralatan perubatan tersebut adalah penting untuk membantu pemberian terapi oksigen kepada pesakit COVID-19.

HA merupakan hospital kerajaan di Selangor yang mula beroperasi pada tahun 2006 dan menyediakan perkhidmatan pakar perubatan, perkhidmatan sokongan penjagaan kesihatan klinikal dan bukan klinikal. Hospital ini dilengkapi dengan fasiliti kesihatan merangkumi 17 wad dan 562 katil pesakit. Pada Jun 2021, status HA telah ditukar kepada Hospital Full COVID-19 berikutan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi.

RCE telah melaksanakan pelbagai program CSR, terutamanya dalam peningkatan kesedaran kesihatan di Malaysia. Pada 29 dan 22 Julai 2021, sumbangan peralatan perubatan bernilai RM197,000 secara keseluruhan diberikan untuk Wad ICU di Hospital Sungai Buloh, Selangor dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. RCE berharap melalui sumbangan berikut, dapat membantu memastikan pesakit COVID-19 mendapat rawatan perubatan yang berkualiti dan meringankan beban perkhidmatan kesihatan.

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Tinggalkan Balasan