Apabila individu yang disenarai hitam atau peminjam dengan skor CTOS yang rendah sukar untuk mereka membuat pinjaman dengan bank. Jadi mereka perlu mencari alternatif lain selain pinjaman daripada bank. Antara pilihan individu dalam kategori ini adalah pinjaman koperasi. Apakah itu pinjaman koperasi?
Koperasi merupakan pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela dan demokrasi untuk menyokong aktiviti ekonomi ahli mereka. Koperasi mampu memberikan pinjaman kredit dengan kadar faedah yang berpatutan untuk ahli mereka. Di Malaysia sahaja, terdapat lebih 14,000 koperasi yang beroperasi. Jadi, sebagai peminjam, penting untuk anda melakukan kaji selidik sebelum memilih, terutamanya bagi peminjam yang mempunyai masalah skor CCRIS yang buruk, rekod CTOS yang kurang bersih serta disenarai hitamkan oleh pihak bank.
Namun begitu, terdapat berberapa perbezaan antara pinjaman daripada koperasi dan bank yang penjawat awam perlu pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk memohon.
Contents
1. Syarat dan tempoh mendapatkan kelulusan.
Kesemua bank di Malaysia terikat dengan panduan dan syarat yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). BNM mengambil kira 5 perkara sebelum bank boleh meluluskan permohonan pinjaman; itu termasuk komitment luar pemohon, rekod sejarah pembayaran kredit pemohon (CCRIS), rekod Perbadanan Tabungan Pengajian Tinggi Pemohon (PTPTN) di CCRIS, rekod CTOS dan AKPK pemohon. Dengan pelbagai semakan yang perlu ditapis, maka, tempoh untuk peminjam untuk mendapatkan pembiayaan adalah lebih lama.
Manakala, koperasi beroperasi berdasarkan Akta Koperasi 1993, dimana ia tidak terikat dengan terma yang ditetapkan oleh BNM. Untuk penjawat awam, kelulusan selalunya akan diberikan jika potongan gaji adalah tidak melebihi 60%. Dengan fleksibiliti ini, tempoh kelulusan pinjaman koperasi dari pihak koperasi adalah lebih cepat daripada bank komersial.
2. Kadar faedah
Kadar faedah pembayaran balik bergantung kepada institusi kewangan pilihan. Penting untuk penjawat awam membuat keputusan yang tepat untuk mengelakkan beban kewangan yang tinggi kerana faedah bayaran balik yang tinggi. Bank komersial akan mengambil kira faktor jumlah pinjaman, tempoh pinjaman dan skor kredit peminjam.
Berbeza dengan pihak bank, kadar faedah pinjaman koperasi biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan bank komersial. Namun begitu, peminjam perlu mengetahui bahawa majoriti pinjaman koperasi tidak membayar 100% jumlah pinjaman kepada pihak peminjam. Jumlah bayaran keluar kepada peminjam ini ialah antara lingkungan 70% hingga 98% bergantung pada pihak koperasi. Oleh yang demikian, penting untuk pihak peminjam untuk lebih peka tentang kadar faedah serta jumlah bayaran tunai yang akan diterima daripada pihak koperasi.
3. Kaedah pembayaran balik
Kaedah bayaran balik bagi pinjaman koperasi adalah melalui potongan di dalam slip gaji secara automatik. Penjawat awam boleh melaksanakan pembayaran pembiayaan secara ansuran bulanan melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) atau Jabatan Akauntan Negara (JANM). Kedua-dua sistem ini merupakan kemudahan bagi peminjam untuk membuat bayaran balik pinjaman mereka dengan secara sistematik dan lebih terjamin.
Manakala, bagi pinjaman bank, kaedah bayaran ansuran bulanan lazimnya dilakukan secara autodebit atau manual di mana-mana mesin ATM. Terdapat juga situasi di mana sesetengah bank komersial menawarkan pilihan potongan gaji.
Pembiayaan peribadi melalui Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad
Tahukah anda selain daripada memohon pinjaman peribadi melalui koperasi atau membuat pinjaman peribadi di bank, anda juga boleh memohon pembiayaan peribadi di Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)? Apakah kebaikan dan faedah memohon pinjaman melalui entiti ini? Pertama sekali, YYP menawarkan pembiayaan peribadi patuh syariah eksklusif untuk penjawat awam Malaysia, kakitangan Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang terpilih sahaja.
Jumlah pembiayaan yang bermula daripada RM3,000 sehingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 10 tahun. Bukan itu sahaja, kadar keuntungan pinjaman juga bermula daripada 5.99% dan diletakkan sebagai status pinjaman Islam tidak bercagar. Selain itu, YYP meletakkan syarat minimum pendapatan kasar pemohon hanya pada RM1,500 sahaja.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai pembiayaan daripada YYP, anda boleh baca maklumat selanjutnya di sini.
Secara konklusinya, peminjam perlu lebih peka dan melakukan kaji selidik tentang syarat-syarat pembiayaan, kadar faedah dan tempoh bayaran balik yang lebih sesuai serta tidak membebankan mereka dikemudian hari. Pilihan bagi mereka yang disenarai hitam oleh bank, kebanyakkan mereka lebih gemar membuat pinjaman melalui koperasi dan seterusnya membuat potongan gaji terus dari akaun mereka.
Selain itu, jika penjawat awam menjadi ahli koperasi, mereka juga akan mendapat manfaat lain selain pembiayaan peribadi yang mudah diluluskan. Berbeza dengan membuat pinjaman di bank komersial, tiada manfaat lain selain rekod yang bersih akan memudahkan proses pembiayaan dimasa hadapan. Jika penjawat awam adalah ahli koperasi, mereka boleh mendapatkan manfaat ahli dari koperasi tersebut.
Sebagai contoh, ahli koperasi boleh membeli syer koperasi, mendapat keuntungan dan dividen dari syer tersebut. Malah, kebanyakan koperasi yang beroperasi berlandaskan syariah, mereka menyediakan tabung khairat kematian dan insuran untuk ahli-ahli koperasi mereka. Selain itu, koperasi juga giat melakukan aktiviti untuk ahli-ahli mereka mengasah bakat dan menaik taraf kemahiran. Tambahan pula, koperasi juga kebiasaanya mempunyai tabung dan dana untuk menyokong atau meraikan kejayaan anak-anak ahli koperasi yang berjaya dalam perperiksaan serta berjaya menyambung pelajaran mereka. Secara tidak lansung, ini dapat mengurangkan beban penjawat awam yang mempunyai anak yang ramai dan memberikan sumber inspirasi untuk anak-anak ini lebih berjaya.