
Kini, dengan peningkatan kos sara hidup dan keperluan kewangan yang semakin mencabar, ramai individu di Malaysia mencari penyelesaian kewangan yang cepat, mudah dan fleksibel untuk membantu mereka menangani situasi kecemasan.
Pembiayaan peribadi menjadi salah satu pilihan yang paling banyak dicari oleh orang ramai kerana ia menawarkan kemudahan untuk menerima wang dengan segera tanpa perlu menunggu lama atau melalui proses yang rumit.
Walaupun pembiayaan peribadi sering dianggap sebagai penyelesaian yang mudah dan cepat untuk menangani masalah kewangan, ia tetap memerlukan pertimbangan yang teliti. Memahami kelebihan dan kekurangannya adalah langkah penting sebelum anda membuat keputusan untuk memohon.
Contents
Apa Itu Pembiayaan Peribadi?
Pembiayaan peribadi ialah kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan kepada individu untuk memenuhi keperluan kewangan peribadi, sama ada untuk menampung perbelanjaan harian, kecemasan, hutang kad kredit atau kos perubatan.
Di Malaysia, pembiayaan peribadi ialah pembiayaan yang patuh Syariah dan tidak melibatkan unsur riba dan berlandaskan prinsip kewangan Islam. Ini menjadikan pembiayaan peribadi pilihan yang lebih selamat dan sesuai bagi mereka yang beragama Islam.
Pembiayaan peribadi datang dengan kadar faedah tertentu dan jadual pembayaran balik yang ditetapkan, kebiasaannya dalam bentuk ansuran bulanan. Ia merupakan pilihan yang fleksibel dan mudah diakses bagi mereka yang memerlukan sokongan kewangan segera tanpa perlu menyediakan cagaran.
Kelebihan Pembiayaan Peribadi Segera: Proses Mudah & Cepat
Salah satu kelebihan pembiayaan peribadi ialah proses permohonannya yang mudah dan cepat. Permohonan di banyak institusi kewangan kini boleh dibuat secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter. Anda hanya perlu mengisi borang secara dalam talian, memuat naik dokumen penting seperti salinan MyKad, penyata gaji dan penyata bank terkini. Semua boleh dilakukan dalam talian dan dapat menjimatkan masa, terutamanya bagi mereka yang sibuk bekerja.
Selain itu, ada institusi kewangan kini menawarkan kelulusan sepantas 24 jam, bergantung kepada kelengkapan dokumen dan syarat permohonan. Ini sangat bermanfaat bagi mereka yang memerlukan wang segera untuk menampung keperluan harian atau kecemasan kewangan yang tidak dijangka. Proses yang cepat ini membolehkan pemohon mendapatkan wang dalam masa singkat, tanpa perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu seperti pinjaman konvensional.
Di samping itu, kebanyakan pembiayaan peribadi tidak memerlukan cagaran dan penjamin. Ini bermakna anda tidak perlu menyediakan aset seperti rumah atau kereta sebagai jaminan. Malah, anda juga tidak perlu mencari penjamin yang sanggup menanggung risiko bersama. Ciri ini menjadikan pembiayaan peribadi mudah diluluskan, terutama bagi golongan berpendapatan sederhana, pekerja baharu atau mereka yang tidak memiliki aset bernilai tinggi. Ia juga mengurangkan tekanan dan kerumitan dalam proses permohonan.
Pembiayaan peribadi juga sangat fleksibel dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Jika anda ingin membuat pembelian penting tanpa terikat dengan cara tertentu dalam menggunakan wang tersebut, pembiayaan peribadi boleh menjadi alternatif yang sangat baik.
Kekurangan Pembiayaan Peribadi & Risiko yang Perlu Diketahui
Walaupun pembiayaan peribadi menawarkan kemudahan daripada segi permohonan mudah, kelulusan pantas dan tidak memerlukan cagaran, terdapat beberapa kekurangan pembiayaan peribadi yang perlu diberi perhatian.
Antaranya ialah kadar keuntungan yang tinggi bagi peminjam yang mempunyai skor kredit yang kurang memuaskan. Keadaan ini boleh menyebabkan jumlah bayaran balik menjadi jauh lebih tinggi daripada jumlah asal pinjaman.
Selain itu, memohon pembiayaan secara kerap tanpa perancangan kewangan yang teliti boleh mengakibatkan individu terperangkap dalam kitaran hutang, terutamanya jika pinjaman baru diambil untuk menyelesaikan hutang sedia ada dan boleh menjejaskan skor kredit pelanggan.
Kegagalan membayar ansuran mengikut jadual bukan sahaja meningkatkan beban kewangan, malah boleh menjejaskan skor kredit seseorang. Skor kredit yang lemah menyukarkan permohonan pembiayaan lain pada masa hadapan.
Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Memohon Pembiayaan Peribadi
Secara keseluruhannya, pembiayaan peribadi boleh menjadi penyelesaian kewangan yang tepat jika digunakan secara bijak dan bertanggungjawab. Dengan perancangan yang teliti, pembiayaan ini dapat membantu anda mengurus kewangan dengan lebih teratur.
Oleh itu, penting untuk faham keperluan kewangan anda serta pastikan anda berkemampuan untuk membayar balik komitmen yang diambil. Selain itu, pastikan anda memilih pembiayaan peribadi yang sesuai dengan situasi dan keperluan kewangan anda.
Antara faktor utama yang perlu dipertimbangkan termasuk cara bayaran, kadar faedah yang kompetitif, proses permohonan cepat, dokumentasi mudah serta platform pembiayaan yang boleh dipercayai.
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memohon pembiayaan peribadi, Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (“YYP”) merupakan salah satu pilihan yang boleh anda pilih.