Pembiayaan Peribadi: Ini Sebab Mengapa Ia Jadi ‘Penyelamat’

Pembiayaan Peribadi: Ini Sebab Mengapa Ia Jadi ‘Penyelamat’

Pembiayaan Peribadi: Ini Sebab Mengapa Ia Jadi 'Penyelamat'

Krisis ekonomi akibat penularan Covid-19 telah menyebabkan segelintir rakyat menjalani kehidupan mereka ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Secara umumnya, wabak ini telah memberi impak yang besar terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah.  Hal ini demikian kerana harga barang yang semakin meningkat dan kos hidup yang semakin tinggi. Demi meneruskan kelangsungan hidup, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan pendapatan yang diperolehi digunakan secara bijak tanpa sebarang pembaziran. Oleh itu, kita perlu tahu membezakan di antara keperluan dan kehendak. Tidak hairanlah pembiayaan peribadi menjadi tarikan popular dalam kalangan masyarakat. Namun, apakah itu pembiayaan peribadi? Dan bagaimana ia berfungsi dalam sistem ekonomi kendiri? Ketahui dalam perkongsiaan ini selanjutnya. 

Contents

Definisi pembiayaan peribadi

Definisi pembiayaan peribadi ialah wang yang anda ‘pinjam’ dari institusi kewangan dengan kadar faedah atau ‘bunga’ yang dipersetujui dalam tempoh tertentu. Pembiayaan peribadi memberikan kelancaran pelenturan kewangan dalam mengatur peruntukan kewangan mengikut keperluan seharian.

Kebaikan pembiayaan peribadi

Bagi mereka yang dihimpit beban kewangan, tawaran pembiayaan peribadi boleh diumpamakan seperti “orang mengantuk disorongkan bantal” kerana kebaikan segera yang diperolehnya. Antara kebaikan pembiayaan peribadi yang jarang kita ketahui adalah seperti:

1. Kadar yang lebih rendah daripada pembiayaan atau pengeluaran wang melalui kad kredit

Pembiayaan peribadi dan kad kredit adalah satu bentuk pembiayaan yang menyampaikan tujuan sama kepada pengguna tetapi berbeza dari segi proses dan perlaksanaannya. 

Namun demikian, penggunaan kad kredit adalah lebih popular berbanding dengan pembiayaan peribadi. Antara perbezaan yang ketara antara kedua-dua peranti kredit ini adalah pembiayaan peribadi memberikan sejumlah pembiayaan pada kadar yang lebih rendah namun perlu dibayar pada kadar yang sama atau pada jangka masa yang telah ditetapkan. 

Manakala kad kredit memberikan kredit pada kadar maksimum yang telah dipersetujui selama mana-mana kadar pembayaran dilakukan meskipun pada kadar minima. Di samping itu, perjalanan transaksi yang lebih mudah beserta rebat tunai yang menarik juga menjadi tarikan utama kad kredit. 

Pembiayaan peribadi pula sering kali dimomokkan dengan kesulitan permohonan dan pelbagai kesan negatif kepada pengguna. Manakala, jika dipertimbangkan semula, kebanyakan pembiayaan peribadi menawarkan kadar faedah serendah 6%-11% serta tempoh bayar balik sehingga 10 tahun. Kad kredit pula mengenakan kadar faedah tahunan antara 15%-18%.  

Berdasarkan pautan data yang disiarkan oleh Asian Institut of Finance (AIF), Finance Matters; Understanding Gen Y, 38% daripada Gen Y dilaporkan memiliki pembiayaan peribadi manakala 47% terbeban dengan hutang kad kredit yang tinggi. Dilaporkan hanya 45% daripada Gen Y tidak membuat bayaran tepat pada masanya, manakala 70% lagi hanya membuat bayaran yang minima sahaja.

Justeru itu, masyarakat boleh mengambil peluang ini untuk memohon pembiayaan peribadi bayaran ansuran oleh institusi kewangan.

2. Pelbagai guna untuk pendidikan dan perniagaan

“Duit kita, hak kita.” Ungkapan ini mungkin sedikit “keras” tetapi percayalah sesetengah pembiayaan di luar sana amat sukar memberikan hak kebebasan sepenuhnya kepada kita sebagai peminjam atau pengguna. 

Pengalaman yang seteruk itu pastinya tidak akan anda temukan dari pembiayaan peribadi. Buatlah apa sahaja dengan wang tersebut sama ada untuk hal peribadi, melanjutkan pelajaran, perniagaan sekalipun tiada sesiapa yang akan mempersoalkan tujuan anda itu. 

3. Untuk tujuan kecemasan

Dalam konteks pengurusan kewangan, ia bukan sekadar mengenai simpanan semata-mata malah sebagai tujuan kecemasan. Malapetaka dan kecemasan datang tanpa diundang, oleh sedemikian pembiayaan peribadi boleh digunakan dikala itu. 

Jika dilihat padar kadar kos hospitaliti yang semakin meningkat, adalah sukar jika seseorang tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi. Bayangkan jika anak anda memerlukan wang operasi kerana kecederaan sewaktu bersukan, pembiayaan peribadi boleh menjadi pilihan yang terbaik. 

Bulan Disember 2021, kita dikejutkan oleh berita banjir di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Shah Alam. Kereta, rumah serta perabot musnah dalam sekelip mata. Disaat kita memerlukan wang permulaan selepas musibah, pinjaman peribadi mampu membantu anda.

4. Melonjakkan “credit score” anda

“Credit score” atau skor kredit merupakan faktor yang sangat penting dalam menentukan permohonan pembiayaan seseorang itu sama ada lulus atau gagal. Walaupun ia penting, namun ramai sahaja yang tidak ambil tahu tentang isu berkenaan. 

Bentuk sistem pemarkahan seperti ini bertujuan untuk menganalisis kesihatan kredit, atau kesihatan kewangan bagi tujuan laporan kredit. Dengan adanya skor kredit ini maka pihak bank boleh memberikan pembiayaan kepada individu dengan lebig mudah berdasarkan personaliti kredit yang positif. Dalam masa yang sama juga, laporan tersebut mampu memberi sokongan kepada mana-mana pembiayaan yang mahu anda mohon pada masa akan datang. 

5. Penyatuan hutang

Umumnya, mereka yang memohon pembiayaan peribadi menggunakan wang pembiayaan untuk banyak perkara seperti:

  • Hal-hal kecemasan;
  • Selesaikan hutang;
  • Bajet kahwin;
  • Beli kereta atau motor; dan
  • Yuran pendidikan.

Hutang-hutang ini boleh disatukan untuk memberi kemudahan dalam proses bayar balik kepada hanya satu institusi kewangan sahaja yang perlu anda berurusan. 

Konklusinya, sebagai seorang pengguna yang bijak, anda perlulah merancang pengurusan kewangan anda sebaik mungkin dan elakkan dari berhutang sekiranya tiada keperluan yang mendesak. Selagi anda boleh halang atau cegahnya, maka cubalah dengan inisiatif yang lebih baik bermula dari diri sendiri seperti ubah gaya hidup.

Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) memberikan pembiayaan yang menguntungkan serta patuh shariah. Di samping sistem operasi yang cekap, telus, dan tanpa proses yang merumitkan, YYP bersedia untuk membantu para pengguna memboloskan diri daripada terjerumus masalah kewangan yang membebankan. 

Pembiayaan Peribadi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)

YYP adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016. YYP menawarkan pembiayaan peribadi yang patuh shariah dan khas untuk penjawat awam. YYP juga telah diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai sebuah syarikat Kredit Komuniti/Pemberi Pinjam Wang (PPW).

Pembiayaan peribadi ini menawarkan skim pembiayaan islamik patuh sHariah tak bercagar dengan konsep Tawarruq (Komoditi Murabahah), maka pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau penjamin untuk memohon. 

Terdapat pelbagai kelebihan memilih pembiayaan peribadi melalui Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP). 

  • Kadar keuntungan yang rendah iaitu caj keuntungan tahunan bermula daripada 6.66%. Kadar keuntungan bergantung kepada jumlah pembiayaan, tempoh pembiayaan, skor kredit dan rekod kewangan pemohon.
  • Permohonan pembiayaan berjumlah dari RM3,000 hingga tidak melebihi RM250,000.
  • Tempoh pembayaran sesingkat 12 bulan (1 tahun) sehingga menjangkau 120 bulan (10 tahun).
  • Kelayakan gaji yang ditetapkan untuk mohon pembiayaan YYP ini hanyalah gaji kasar RM1,500 ke atas.

Untuk memohon, layari laman YYP. 

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan