16 OKTOBER 2024 | RABU
Pihak RCE telah menyumbangkan peralatan perubatan untuk memenuhi kegunaan pihak hospital. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami untuk membantu Hospital Sultan Idris Shah Serdang meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan.
Majlis penyerahan telah diadakan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang. Turut dihadiri Dr. Norren Ho Han Ching, Timbalan Pengarah (Perubatan) II; Muhammad Syamsuddin Bin Abdullah, Penolong Pegawai Perubatan U32 dan Dr. Syadidi Zikri Bin Abdul Raub, Pakar Perubatan UD56.
Pihak RCE mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Hospital Sultan Idris Shah Serdang. Kami berharap agar sumbangan ini dapat membantu pihak hospital dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit.