Majlis Penyerahan Sumbangan Khas Oleh RCE Kepada Hospital Putrajaya (HP)

Majlis Penyerahan Sumbangan Khas Oleh RCE Kepada Hospital Putrajaya (HP)

24 SEPTEMBER 2024 | SELASA

Pihak RCE telah menyumbangkan peralatan perubatan untuk memenuhi kegunaan pihak hospital. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami untuk membantu Hospital Putrajaya meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan.

Majlis penyerahan telah diadakan di Hospital Putrajaya. Turut dihadiri Encik Zaidi bin Awang, Ketua Pengarah Pengurusan, Dr. Munirah, Pengurusan Eksekutif, Dr. Nor Zulaikha Nordin, Pengurusan Eksekutif, Dr. Suraya Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya, Datin Dr. Latha, Pakar Jabatan Kecemasan dan Puan Ainul Yaqin, Ketua Unit Audiologi.

Pihak RCE mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Hospital Putrajaya. Kami berharap agar sumbangan ini dapat membantu pihak hospital dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan