Cara Membina Skor Kredit Untuk Fresh Graduate Dan Kepentingannya

Cara Membina Skor Kredit Untuk Fresh Graduate Dan Kepentingannya

Ramai yang tidak suka mendengar kenyataan berikut: hutang adalah sebahagian daripada hidup! Bagi majoriti rakyat Malaysia, anda akan mempunyai hutang untuk pinjaman kenderaan, rumah, peribadi, atau lain-lain; namun, apa yang penting adalah pengurusan hutang yang baik.

Kelulusan untuk sesuatu permohonan pembiayaan bergantung kepada beberapa faktor. Biasanya ia merujuk kepada perkara-perkara berikut:

  • Nisbah khidmat hutang (DSR – Debt Service Ratio)
  • Profil risiko
  • Pernilaian harta
  • Tempoh bekerja
  • Skor kredit

Contents

Apa itu Skor Kredit?

Maklumat mengenai empat kriteria pertama di atas boleh diperoleh terus daripada anda. Skor kredit pula adalah laporan kewangan yang perlu dirujuk kepada pihak luar. Ia merupakan sistem pemarkahan yang digunakan untuk menilai sejarah kewangan dan menentukan kesihatan kredit (kewangan) anda. Ia memberikan gambaran kepada institusi kewangan tentang kemampuan anda untuk membayar balik pembiayaan.

Di Malaysia, agensi utama yang menyediakan laporan kredit adalah CCRIS (yang diuruskan oleh BNM – Bank Negara Malaysia) dan CTOS.

Apa itu CCRIS?

CCRIS merujuk kepada Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit. Ia adalah laporan kredit yang dicipta dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM). Memandangkan BNM merupakan bank pusat di negara ini, kesemua institusi kewangan di Malaysia dikehendaki untuk mengemukakan amalan kredit pelanggan mereka, termasuk sebarang permohonan, kepada CCRIS.

CCRIS memaparkan rekod kewangan pemohon untuk 12 bulan yang terakhir. Ini merangkumi:

  • Senarai tunggakan pinjaman
  • Hutang-hutang di bawah pemerhatian bank
  • Permohonan pinjaman yang sedang diproses atau dipertimbangkan

Apa pula CTOS?

Seperti CCRIS, CTOS juga merupakan laporan kredit yang dirujuk oleh institusi kewangan. Namun, tidak seperti CCRIS, CTOS merupakan sebuah syarikat swasta. Ia mengumpulkan maklumat mengenai individu dan syarikat-syarikat. Maklumat tersebut diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuklah:

✔ Jabatan Pendaftaran Negara

✔ Jabatan Insolvensi Malaysia

✔ Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

✔ Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan

✔ Notis undang-undang dalam akhbar

✔ Carian di pendaftar pertubuhan

✔ Maklumat hubungan yang disediakan oleh pemiutang, litigator atau penyokong perdagangan

✔ Maklumat sukarela yang diberikan oleh subjek sendiri

Memandangkan sumber maklumat adalah pelbagai, maklumat yang disertakan di dalam laporan kredit CTOS juga adalah pelbagai. Ini termasuklah:

  • Pengesahan identiti
  • Senarai dalaman atau pendedahan kumpulan
  • Jawatan pengarah dan kepentingan perniagaan
  • Sebarang tindakan undang-undang

Apakah skor kredit yang baik?

Mengikut CTOS, skor kredit yang baik mempunyai markah dalam lingkungan 697 ke 850. Walau bagaimanapun, ini bukan peraturan yang tegas dan tidak semestinya bermaksud skor yang lebih rendah adalah skor yang tidak baik. Faktor-faktor selain skor kredit juga boleh diberikan pertimbangan.

Maksud skor kredit anda secara umumnya adalah seperti berikut:

  • 744 – 850: Cemerlang! Anda dinilai sebagai ‘sangat baik’ dan diberi keutamaan
  • 718 – 743: Sangat Baik! Anda dinilai sebagai pelanggan utama
  • 697 – 717: Baik! Skor anda dalam lingkungan sederhana tinggi dan anda layak untuk kredit baru
  • 651 – 696: Sederhana. Skor anda dalam lingkungan sederhana dan anda kurang layak untuk kredit baru
  • 529 – 650: Rendah. Anda mungkin menghadapi masalah apabila memohon kredit
  • 300 – 528: Lemah. Aplikasi kredit anda mungkin akan ditolak.

Kepentingan skor kredit untuk fresh graduate

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, skor kredit merupakan di antara kriteria utama yang menjadi penilaian untuk mendapatkan pembiayaan. Dengan skor kredit yang baik, anda menikmati kelebihan berikut:

✔ Peluang pembiayaan atau kad kredit diluluskan adalah lebih tinggi dan cepat

✔ Kadar faedah untuk pembiayaan adalah lebih rendah

✔ Reputasi kewangan anda adalah lebih baik dan ini bagus untuk perkembangan pekerjaan

✔ Boleh memohon pembiayaan dengan jumlah maksimum

Bagaimana fresh graduate boleh meningkatkan skor kredit?

Memandangkan fresh graduate baru sahaja memasuki alam pekerjaan, skor kredit mereka juga baru bermula (adalah rendah). Bagaimanakah anda boleh meningkatkan skor kredit ini. Anda perlu terlebih dahulu memahami bagaimana ia dikira!

Skor kredit dikira berdasarkan maklumat kredit dari CCRIS dan pangkalan data CTOS. Lima faktor yang membentuk skor kredit adalah:

  1. Rekod pembayaran (45%): Sama ada anda sentiasa membuat bayaran pembiayaan pada masanya, atau jika anda pernah terlepas bayaran.
  2. Jumlah hutang (20%): Jumlah fasiliti kredit dan jumlah yang dihutang dengan pihak bank.
  3. Jangka masa rekod kredit (7%): Tempoh hayat fasiliti kredit yang ada (kad kredit atau pinjaman)
  4. Jenis-jenis kredit (14%): Jenis-jenis kad kredit dan pembiayaan yang anda ada – dijamin (pinjaman rumah dan kereta) vs yang tidak dijamin (kad kredit, pinjaman peribadi)
  5. Kredit baru (14%): Sama ada anda diluluskan untuk fasiliti kredit baru-baru ini.

Setelah mengetahui bagaimana skor kredit dikira, anda kini boleh membuat strategi untuk meningkatkan skor kredit anda. Di antara langkah-langkah yang boleh anda ambil adalah:

✔ Membuka akaun/mempunyai kad kredit:

Mempunyai akaun kad kredit akan mempelbagaikan jenis kredit anda (lihat semula faktor yang membentuk skor kredit). Kami tak bermaksud berbelanja sesuka hati di sini. Tetapi, sekiranya anda mempunyai kemudahan kad kredit dan membuat perbelanjaan yang berhemah, ia akan membantu jangka masa kredit anda.

Ambil pembiayaan kecil:

Anda boleh pertimbangkan untuk mengambil pembiayaan yang kecil untuk mempelbagaikan jenis kredit anda. Pada masa yang sama, jumlah yang kecil ini tidak membebankan status kewangan anda.

Jadi pembayar yang baik:

Anda perlu membayar semua hutang dan bil dalam tempoh yang ditetapkan. Jangan terlewat atau terlepas membuat sebarang pembayaran.

Kenal pasti jenis hutang yang perlu diberi perhatian:

Berikan perhatian kepada hutang dengan faedah yang tinggi. Sekiranya anda mempunyai banyak akaun hutang, anda boleh mengurangkannya dengan kaedah penyatuan hutang (debt consolidation).

Tidak melepasi had kredit:

Seperti yang dinyatakan di atas, anda tidak seharusnya berbelanja sesuka hati sehingga mencapai atau melepasi had kredit anda. Menjaga kadar penggunaan kredit di bawah 30% dari had yang ditetapkan.

Tidak membuat permohonan pembiayaan dengan kerap:

Sekiranya permohonan pembiayaan kewangan anda ditolak, anda dinasihatkan supaya menunggu beberapa bulan atau setahun lagi sebelum membuat permohonan yang baru.

Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) adalah pinjaman yang tidak memerlukan penjamin!

Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) adalah sebuah pembiayaan patuh Syariah khusus buat pekerja berstatus tetap (atau kontrak KEMAS) kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajaan/badan berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon hanya RM1,500 sebulan (termasuk elaun).

Selain kelulusan yang mudah dan cepat, Pembiayaan Peribadi-i YYP mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Jumlah pembiayaan: RM3,000 – RM300,000
  • Tempoh pembiayaan: 1 – 10 tahun
  • Kadar keuntungan Tetap: 6.65% – 9.99% setahun
  • Konsep Syariah yang diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
  • Proses sepantas 24 jam
  • Tiada yuran guaman

Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang diperlukan juga

adalah mudah iaitu:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini
  • Surat pengesahan jawatan
  • Salinan penyata/buku akaun simpanan

Dapatkan pembiayaan peribadi yang mudah dan cepat untuk penjawat awam di sini!

As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk- produk yang anda layak memohon.

Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.

Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan