Tiba-tiba anda terlibat dengan hutang kad kredit yang banyak. Ianya bermula apabila anda berbelanja secara berlebihan ke atas kad kredit pertama semasa kecemasan, dan anda berjanji tidak akan mengulanginya untuk perbelanjaan seterusnya. Sehinggalah kecemasan lain berlaku dan anda akan mengulanginya semula.
Jangan risau – anda tidak keseorangan! Menurut laporan dari The Star pada tahun 2017, Malaysia mempunyai 3.6 juta pemegang kad kredit dengan baki tertunggak sebanyak RM36.9 bilion! Laporan mencatatkan, 43.6% daripada jumlah pemegang kad hanya dilangsaikan sekurang-kurangnya 5% daripada baki tertunggak, manakala 12.8% tidak dilangsaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
“Kapitalisma!” anda terjerit. Suatu putaran yang sentiasa membuat anda berlumba-lumba dalam perlumbaan hidup ini.
Ia tidak akan berlaku seperti itu. Tidak terlambat untuk anda mengambil tindakan dan untuk keluar dari belenggu kewangan. Dalam artikel ini, Loanstreet bersama YIR akan menerangkan 4 cara selesaikan hutang kredit kad anda.
Sebelum tu, kami ingin menerangkan sedikit tentang…Yayasan Ihsan Rakyat (YIR)
YIR menerima dan menguruskan dana bagi membantu kakitangan kerajaan yang memerlukan.
Yayasan menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar keuntungan serendah 6.50% hingga 9.99% setahun, bergantung kepada skor kredit korang yang dipengaruhi oleh sejarah pembayaran pinjaman dan kad kredit, jumlah hutang dan amaun yang terhutang dan tempoh sejarah kredit. Kadar yang ditawarkan daripada YIR lebih menarik berbanding dengan kadar kad kredit yang boleh mencapai sehingga 18% setahun (atau 1.5% sebulan). Jadi tanpa mengira keperluan untuk melangsaikan hutang, bil hospital, atau ingin memulakan bisnes sendiri, kini anda tahu dua yayasan ini boleh membantu untuk mencapai matlamat anda.
Untuk mengetahui kaedah melangsaikan hutang, mari mulakan dengan kaedah pertama, iaitu…
Contents
1. Kaedah Bebola Salji (“Snowball”)
Dalam dua kaedah pertama dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang strategi pembayaran semula hutang. Dua kaedah ini memerlukan disiplin, semangat kental, dan usaha. Kaedah pertama adalah kaedah bebola salji.
Secara asasnya, kaedah ini adalah strategi pembayaran hutang memerlukan anda menyusun dan membayar hutang daripada yang paling kecil sehingga paling besar, menambah momentum bagi setiap hutang yang dilangsaikan.Prosedur kaedah:
- Langkah 1: Senaraikan hutang yang paling kecil sehingga paling besar
- Langkah 2: Buat bayaran minimum bagi semua hutang kecuali hutang yang paling kecil
- Langkah 3:Bayar sebanyak yang mungkin pada hutang yang paling kecil
- Langkah 4: Ulang sehingga setiap hutang tersebut selesai
Kaedah ini boleh digunakan bagi semua jenis hutang. Sebagai contoh di bawah adalah 6 hutang yang ditanggung oleh anda, daripada yang paling kecil sehingga paling besar:
- Kad Kredit A: RM1,500
- Kad Kredit B: RM3,800
- Pinjaman Peribadi A: RM10,000
- Pinjaman Peribadi B: RM18,500
- Pinjaman Kereta: RM21,000
- Pinjaman PTPTN: RM45,000
Sebelum anda memulakan langkah-langkah di atas, sudah tentu anda perlu mengubah perbelanjaan dalam gaya hidup seharian. Ini bermaksud anda perlu mengawal perbelanjaan yang tidak diperlukan termasuk pelan pascabayar yang terlalu mahal dan tidak digunakan sepenuhnya.
Selepas penolakan perbelanjaan anda, membayar sewa, bil, dan petrol – anda mempunyai lebihan RM1,000 sebulan.
Daripada menggunakan lebihan RM1,000 untuk membayar pinjaman sekaligus, anda juga boleh membuat pembayaran minimum pada semua pinjaman supaya anda boleh menumpukan lebihan wang ke atas Kad Kredit A. Dalam masa dua bulan, anda akan dapat melangsaikan Kad Kredit dan tidak perlu memikirkannya lagi.Selepas wang lebihan yang digunakan untuk membayar Kad Kredit A telah selesai, ianya boleh digunakan untuk melangsaikan Kad Kredit B dalam masa empat bulan. Proses ini akan berulang, daripada masa anda mencapai hutang paling besar yang merupakan Pinjaman PTPTN, anda akan memperoleh lebihan wang yang terkumpul dan ianya adalah dinamakan istilah ‘bebola salji’.
Kaedah ini berkesan kerana ianya amat memuaskan untuk melangsaikan hutang dari hidup anda selama-lamanya, dan mendorong anda untuk melangsaikan hutang pada masa depan sehingga anda bebas sepenuhnya dari hutang. Ianya sangat menarik bagi sesiapa yang ingin menguruskan kewangan secara mudah.
2. Kaedah Runtuhan Salji (“Avalanche”)
Kaedah bebola salji memberi tumpuan kepada hutang paling kecil dahulu, akan tetapi kaedah runtuhan salji memberi tumpuan kepada melangsaikan hutang yang mengenakan kadar faedah paling tinggi dahulu.
Menggunakan contoh sama, berikut adalah yang diutamakan dalam kaedah runtuhan salji:
- Kad Kredit B: RM3,800
- Kad Kredit A: RM1,500
- Pinjaman Peribadi B: RM18,500
- Pinjaman Peribadi A: RM10,000
- Pinjaman Kereta: RM21,000
- Pinjaman PTPTN: RM45,000
Seperti yang ditunjukkan di atas, ia mengutamakan Kad Kredit B lebih daripada Kad Kredit A dan Pinjaman Peribadi B lebih daripada Pinjaman Peribadi A, kerana kadar faedah yang lebih tinggi. Dengan kaedah ini, anda boleh menyimpan hingga ribuan ringgit sepanjang tempoh beberapa tahun. Sudah tentu kaedah ini memerlukan tahap kesabaran yang lebih tinggi, jadi bersiap-sedia untuk menyediakan senarai yang diingini bakal terlepas selama bertahun-tahun yang akan datang.
Setakat ini yang telah dibincangkan tentang kaedah-kaedah pengubahsuaian tingkah-laku yang tidak memerlukan bantuan orang lain, bahkan rakan dan keluarga anda. Tetapi bagaimana jika anda amat terdesak, adakah terdapat bantuan pihak ketiga yang boleh anda jangkakan? Antara kaedahnya adalah dengan…
3. Menyelesaikan semua kad kredit anda dengan kad kredit yang lain.
“Kenapa kita perlu menyelesaikan semua hutang dengan cara menambahkan hutang yang lain ?”
Pernahkah anda dengar Penyatuan Hutang (“Debt Consolidation”) sebelum ini? Ini merupakan cara dengan mengambil pinjaman besar untuk membayar semua hutang kecil secara serentak. Selain itu, penyatuan hutang memudahkan pembayaran hutangkerana anda tidak perlu lagi bimbang dengan bil-bil dengan tempoh pinjaman yang berbeza, faedah yang berbeza dan tarikh bayaran yang berbeza. Selepas menggunakan kaedah Penyatuan Hutang, anda akan mempunyai satu bil sahaja.Terdapat dua jenis Penyatuan Hutang iaitu :
- Kad Kredit Pemindahan Baki
- Pinjaman Peribadi
Kad Kredit Pemindahan Baki merupakan pindaan semua hutang daripada kad-kad yang lain kepada satu Kad Kredit Pemindahan Baki.
Kad Kredit Pemindahan Baki menawarkan kadar faedah yang lebih rendah untuk menyelesaikan hutang. Kad kredit yang lain kebiasaannya akan mengenakan caj faedah antara 15% – 18% setahun manakala Kad Kredit Pemindahan Baki ini mampu menawarkan caj faedah sehingga 0% setahun terhadap baki yang dipindahkan kepada kad tersebut.
Untuk menyertai tawaran ini, anda perlu mengikuti syarat-syarat yang telah disenaraikan. Pertama, sesetengah kad akan mengenakan yuran pengendalian pendahuluan. Kedua, jika semua hutang dibayar dalam tempoh masa enam bulan, anda mungkin akan layak mendapat kadar faedah 0% manakala jika semua hutang tidak dibayar, kadar faedah akan meningkat.
Jika anda mempunyai duit tambahan untuk melangsaikan hutang dalam tempoh masa enam bulan, anda mungkin sudah menyelesaikan setiap kad kredit anda sebelum ini?
Mari kita bincangkan tentang kaedah Penyatuan Hutang yang seterusnya iaitu Pinjaman Peribadi.
4. Menyelesaikan hutang dengan pinjaman peribadi
Penyatuan Hutang melalui Pinjaman Peribadi merupakan penyatuan semua hutang kad kredit anda (atau mana-mana hutang) ke dalam satu pinjaman. Ia memudahkan anda dengan menyatukan semua hutang dan dapat memberi tumpuan kepada satu bil sahaja. Walaubagaimanapun, pinjaman peribadi ini tidak sama seperti kad kredit pemindahan baki (masih mempunyai persamaan). Pinjaman peribadi memberi pilihan yang luas. Akan tetapi, anda masih boleh membuat pinjaman yang lain mengikut keperluan anda.
Pinjaman mana yang anda perlu ambil? Adakah anda memerlukan pinjaman yang menawarkan faedah yang rendah dengan bayaran bulanan yang tinggi? Atau adakah anda memerlukan fleksibiliti tetapi pada masa yang sama tidak ada penalti yang terlalu tinggi apabila anda membayar tempoh yang lama.
Anda juga perlu menilai keadaan semasa anda seperti pekerjaan dan rekod kewangan semasa anda. Sesetengah pinjaman memberi kelebihan untuk golongan tertentu. Sebagai contoh, YIR dan YYP memberi kelulusan dengan cepat untuk pekerja dalam sektor kerajaan, kerajaan negeri dan badan berkanun.
Sila lihat kadar faedah/keuntungan yang ditawarkan. YIR menawarkan kadar keuntungan bermula dari 6.99% setahun, di mana jauh lebih rendah daripada kad kredit yang mempunyai kadar faedah antara 15% – 18%.
Sediakan kalkulator dan buat pengiraan. Ulangi pengiraan sehingga anda mempunyai perancangan yang kukuh untuk melangsaikan semua hutang buat selamanya.
Jangan berasa takut untuk mengira berapa banyak hutang yang anda miliki.
Apabila memikirkan tentang hutang-hutang yang sedia ada, kita perlu duduk dan memikirkannya. Langkah ini perlu diambil untuk menyelesaikan hutang kewangan yang mebebankan.
Jika anda ingin menggunakan kaedah Penyatuan Hutang, anda perlu membuat pengiraan dengan teliti. Gunakan kalkulator kad kredit untuk mengira jumlah faedah yang terkumpul jika anda membayar kad kredit setiap bulan dan membandingkan kadar faedah/keuntungan yang ditawarkan oleh bank.
Terdapat banyak bank menawarkan tawaran yang berbeza. Malah, menyediakan perkhidmatan berbeza. Anda perlu membuat analisis untuk memastikan pinjaman mana yang memberi kelebihan kepada anda. Seperti yang kami katakan sebentar tadi, jika anda bekerja di sektor kerajaan, kerajaan negeri atau badan berkanun, anda boleh memanfaatkan pinjaman daripada YIR dan pinjaman ini menawarkan kelulusan dengan cepat.
Namun, tidak kira bagaimana cara yang anda guna, perubahan dalam tabiat menyimpan dan berbelanja adalah penting. Walaubagaimanapun, jika anda melangsaikan semua hutang, anda tidak perlu alpa dalam membuat keputusan kewangan seharian!