10 Cara Berkesan Jimat Bajet Untuk Hari Perkahwinan

10 Cara Berkesan Jimat Bajet Untuk Hari Perkahwinan

Apakah cara berkesan jimat bajet untuk hari perkahwinan? Apabila berbicara tentang majlis perkahwinan, pasti ramai yang mengimpikan majlis yang megah. Namun, ianya merupakan satu cabaran untuk pasangan mempelai dalam merealisasikan majlis impian mereka terutamanya mengenai kos atau bajet perkahwinan. Pengantin haruslah bijak dalam soal urusan kewangan agar majlis perkahwinan berjalan lancar tanpa melebihi peruntukan bajet yang dipersetujui. Dengan kenaikan kos sara hidup, pasti ramai yang bersetuju bahawa dengan perbelanjaan majlis perkahwinan yang sederhana, lebihan wang yang ada dapat dimanfaatkan untuk membina kehidupan bersama.

Meskipun anda melangsungkan majlis perkahwinan dengan bajet yang terhad, ianya tidak bermakna anda tidak boleh mempunyai perkahwinan impian. Selain membuat persiapan awal, senarai semak bajet untuk perkahwinan juga membantu anda agar tidak berbelanja lebih. Untuk bakal pengantin, kami telah menyenaraikan perkara-perkara untuk membantu anda memenuhi majlis perkahwinan impian dengan bajet yang mencukupi.

Contents

1. Mas Kahwin

cara jimat bajet untuk hari perkahwinan

Mas kahwin atau lebih dikenali sebagai mahar merupakan pemberian wang yang wajib daripada suami kepada isteri. Pemberian tersebut adalah mutlak dan milik isteri tanpa boleh dituntut selepas perkahwinan. Nilai mas kahwin juga berbeza mengikut negeri masing-masing dan ianya ditentukan berdasarkan negeri asal pengantin perempuan. Anda boleh merujuk ke pejabat agama islam negeri untuk informasi yang lebih tepat. 

Ramai juga yang berasa keliru antara duit hantaran dan juga mas kahwin. Duit hantaran adalah pemberian berdasarkan adat Melayu, dimana nilainya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak mempelai. 

2. Hantaran 

cara jimat bajet untuk hari perkahwinan

Hantaran semasa berlangsungnya majlis perkahwinan boleh dikatakan wajib untuk mengekalkan adat istiadat. Antara tips penting untuk mengurangkan kos perkahwinan adalah dengan berbincang bersama pasangan anda dalam menentukan jumlah atau dulang hantaran. Anda boleh memilih untuk memberikan dalam lima dulang berbalas tujuh atau tiga dulang hantaran berbalas lima. 

Untuk pembelian hantaran pula, anda dinasihati untuk membeli barang sewaktu musim promosi jualan. Selain itu, barang hantaran yang diberikan haruslah praktikal supaya boleh dipakai lama seperti set telekung, pakaian atau kasut. Yang paling penting, anda tidak perlu berbelanja besar hanya untuk membeli barangan yang berjenama. Utamakan hantaran berbentuk manisan seperti kek, pulut kuning mahupun coklat supaya tidak melebihi bajet.

3. Cincin Perkahwinan 

Majlis perkahwinan dengan sebentuk cincin bukan hanya sekadar hiasan di jari manis pengantin perempuan, ianya juga sebagai tanda bagi penyatuan antara pasangan tersebut. Pendek kata, perkahwinan tidak lengkap tanpa sebentuk cincin namun anda tidak perlulah berbelanja mahal. Untuk cincin emas, anda boleh membelinya sewaktu nilai emas susur dan pastikan anda juga mempunyai anggaran bajet.

4. Set Baju dan Persalinan

Set baju dan persalinan bagi majlis perkahwinan juga antara faktor yang boleh membuatkan anda melebihi bajet. Oleh itu, bagi mereka yang ingin jimat bajet untuk hari perkahwinan, anda boleh memilih untuk menyewa baju pengantin. Terdapat sesetengah butik perkahwinan yang menawarkan pakej pelamin termasuk set persalinan. Rekaan dan jenis fabrik yang digunakan akan mempengaruhi kos pembuatan baju pengantin. Oleh sebab itu, anda boleh memilih pengayaan yang sederhana namun masih tampak anggun. 

5. Solekan dan Dandanan

Jika anda ingin mengurangkan bajet kahwin, pengantin perempuan boleh memilih untuk melakukan mekap atau solekan sendiri. Tetapi jika anda berasa was-was, anda boleh memohon bantuan kawan atau saudara yang mempunyai kemahiran dalam solekan dan juga dandanan. Anda boleh memberikan upah yang sewajarnya kepada mereka. Untuk mereka yang memilih untuk menggunakan khidmat jurusolek atau makeup artist, antara tips yang berguna adalah untuk membuat tinjauan terlebih dahulu dan anggaran yang diperlukan. Yang paling penting adalah melakukan majlis akad nikah dan sanding pada hari yang sama, anda bukan sahaja dapat jimat bajet untuk hari perkahwinan untuk solekan tetapi juga penyediaan makanan. 

6. Majlis Persandingan 

Setelah akad nikah, majlis persandingan pastinya dinanti-nantikan oleh sanak saudara. Namun, tempat bagi majlis sedemikian juga boleh memakan perbelanjaan yang besar. Walaupun harganya berbeza, anda boleh memilih untuk bersanding di dewan. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak menyewa dewan semasa musim perayaan kerana harganya pasti jauh lebih tinggi.

Selain itu, anda juga perlu mengira jumlah tetamu yang dijemput untuk mengetahui kos tambahan seperti hiasan, meja dan juga kerusi. Jika majlis persandingan yang dilakukan secara kecil-kecilan, anda boleh memilih untuk melangsungkannya di rumah tanpa perlu menyewa dewan. Ianya pasti membantu bagi mereka yang ingin jimat bajet untuk hari perkahwinan, malahan anda juga dapat menjimatkan masa tanpa perlu melakukan perjalanan dari rumah ke majlis persandingan.

7. Katering untuk Jamuan Makan

Perkhidmatan katering bagi majlis perkahwinan memang mudah untuk didapati, namun untuk memastikan anda dapat berbelanja dalam bajet kahwin yang dipersetujui pastikan anda membuat tinjauan awal. Kebanyakkan katering juga menawarkan pakej yang berpatutan termasuk khemah mahupun pelamin.

Rata-rata daripada masyarakat sekarang lebih memilih perkhidmatan katering untuk jamuan makan, tetapi jika bilangan tetamu anda tidak ramai anda boleh memilih untuk membuat aktiviti gotong-royong rewang bersama saudara-mara. Menu yang disediakan tidak semestinya mewah dan bilangan makanan haruslah mencukupi untuk mengelakkan pembaziran. Harga barangan untuk gotong-royong rewang pasti juga berbeza kerana ianya berdasarkan harga semasa barangan dapur. 

8. Kad Jemputan

Untuk anda yang sedang mencari senarai semak bajet kahwin, pastikan anda mengurangkan kos untuk kad jemputan. Bagi tempahan di kedai, anda boleh memilih rekaan yang harganya murah dan anggaran jumlah maksimum dalam RM250. Tambahan lagi, ramai pengantin lebih memilih melakukan jemputan secara maya seperti di WhatsApp, Facebook ataupun Instagram. Ianya pasti lebih jimat bajet untuk hari perkahwinan tanpa perlu berbelanja ratusan ringgit untuk kad jemputan. 

9. Doorgift

Jika anda mempunyai bajet perkahwinan yang rendah, pastikan anda tidak berbelanja besar untuk cenderahati bagi para tetamu. Anda boleh menempah cenderahati di kedai, namun ianya jauh lebih murah jika anda membuat cenderahati sendiri. Cukup sekadar anda membeli barangan yang dijual secara pukal seperti gula-gula atau sebarang manisan. Anda juga boleh memilih untuk menghadiahkan cenderahati tersebut dalam beg kecil. Malahan, terdapat pelbagai kedai atas talian yang menjual pelbagai jenis barangan cenderahati yang berpatutan. Untuk cenderahati, anda boleh membuat anggaran maksimum dalam RM500.

10.Jurugambar

Majlis perkahwinan merupakan momen terindah yang pastinya kita ingin abadikan dalam kenangan. Oleh itu, jurugambar dianggap wajib bagi sebarang majlis perkahwinan. Untuk memastikan gambar yang ditangkap adalah berkualiti dan pakej yang dikenakan adalah berpatutan, pastikan anda membuat perbandingan. Tetapi jika anda ingin mengurangkan kos, anda juga boleh memilih untuk mendapatkan bantuan rakan untuk mengambil gambar. Namun untuk mereka yang ingin mendapatkan khidmat jurugambar, pastikan anda menyediakan bajet dalam RM1,500.

Kesimpulan

Jika anda ingin jimat bajet untuk hari perkahwinan, ianya amatlah penting agar anda menyediakan senarai semak bajet kahwin sebagai persediaan. Untuk mereka yang ingin berkahwin tetapi mempunyai kekangan kewangan, bajet yang anda peruntukkan adalah tidak penting, sama ada ianya RM1,000 atau RM10,000 kerana yang paling penting adalah ikatan kedua pasangan yang sah. Namun begitu, masih terdapat juga ramai orang yang mengalami situasi bajet yang diperuntukkan tidak mencukupi, usah risau kerana Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) menyediakan pembiayaan kewangan peribadi yang berkonsep shariah. 

Permohonan pembiayaan peribadi di YYP adalah eksklusif untuk sektor awam termasuk kakitangan badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terpilih. Setelah permohonan anda diluluskan, anda juga dapat membuat pengeluaran wang dalam tempoh 48 jam. Perkhidmatan pembiayaan peribadi YYP bukan sahaja mudah, cepat dan telus, malahan anda boleh memohon secara atas talian melalui applikasi ePanta$. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai YYP, sila klik link .

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan