Bayar Hutang Atau Menyimpan: Mana Patut Didahulukan?

Bayar Hutang Atau Menyimpan: Mana Patut Didahulukan?

Artikel daripada As-Sidq

Apabila hutang sudah yang keliling pinggang, akan timbul satu dilema — bayar hutang atau menyimpan, mana yang patut didahulukan?

Celik kewangan — ia merupakan kemahiran yang semua perlu miliki. Lebih awal usia anda mempelajari ilmu pengurusan kewangan peribadi, lebih manfaat yang anda akan perolehi.

Namun begitu, tidak semua mempunyai peluang untuk berbuat demikian. Akibatnya, sudah bertahun kerja, hutang semakin menggunung. Dalam keadaan sebegini, timbul dilema mengenai mana yang patut didahulukan — membayar hutang atau menyimpan?

Jawapannya bergantung kepada jumlah faedah yang dikenakan terhadap simpanan atau hutang tersebut.

Contents

Membuat simpanan dengan cara berhutang

Sekiranya simpanan dibuat dalam bentuk pelaburan, seperti dalam unit saham atau deposit tetap, terdapat keuntungan dari sudut caj faedah. Adakalanya keuntungan dari faedah simpanan ini lebih tinggi dari faedah yang dikenakan terhadap sesuatu hutang.

Contoh mudah yang sering kita lihat adalah pembiayaan Amanah Saham Bumiputra (ASB). Walaupun kita berhutang dengan cara membuat pembiayaan, namun faedah yang diperolehi daripada pelaburan ASB tersebut adalah lebih tinggi daripada faedah pembiayaan tersebut.

Dalam keadaan sebegini, nilai faedah yang tinggi yang diperolehi daripada simpanan atau pelaburan bukan sahaja boleh digunakan untuk membayar hutang tetapi juga digunakan untuk perbelanjaan yang lain. Secara ringkasnya, sekiranya nilai faedah yang anda perolehi dari simpanan atau pelaburan adalah lebih tinggi dari nilai faedah hutang yang ada, anda boleh utamakan simpanan atau pelaburan tersebut.

Bagaimana jika faedah yang dikenakan terhadap hutang adalah tinggi?

Nasihat kewangan yang sering kita dengar adalah kita perlu mempunyai simpanan dana kecemasan dengan nilai sekurang-kurangnya enam bulan pendapatan bulanan kita. Malah, dalam keadaan kemelesetan ekonomi dan inflasi tinggi yang sedang kita hadapi, simpanan sebanyak 12 bulan adalah lebih baik.

Namun, bagaimana jika hutang yang kita tanggung menyukarkan kita untuk menyimpan? Di sinilah kepentingan mengetahui nilai faedah yang dikenakan terhadap hutang yang kita ada. Sekiranya kita perlu membayar nilai faedah yang tinggi setiap bulan, mungkin ada baiknya kita tumpukan terhadap pembayaran hutang tersebut.

Sebagai contoh, penggunaan kad kredit anda. Sekiranya anda hanya membayar sebahagian atau kadar minimum sahaja selepas tamat tarikh akhir pembayaran bulanan, anda akan dikenakan caj faedah. Di Malaysia, kadar faedah kad kredit biasanya sekitar 18 peratus setahun. Malah, caj yang anda perlu bayar boleh terkumpul dan menjadi lebih tinggi setiap bulan.

Begitu juga dengan sebarang pinjaman atau pembiayaan peribadi yang anda ada. Berapakah nilai faedah yang dikenakan? Caj faedah yang tinggi akan membebankan anda pada masa hadapan.

Sebagai contoh, pembiayaan sebanyak RM20,000 selama 5 tahun dengan kadar faedah 8% bermakna jumlah faedah yang perlu anda bayar sesudah 5 tahun adalah RM8,000. Secara perbandingan, pembiayaan yang sama tetapi pada kadar faedah 3.99% akan hanya menghasilkan jumlah faedah sebanyak RM3,990 sahaja!

Pembiayaan dengan nilai faedah yang rendah ternyata kurang membebankan. Tetapi bagaimana sekiranya anda sudah membuat pembiayaan dengan kadar faedah yang tinggi? Anda masih boleh mendapat faedah yang lebih rendah melalui kaedah penyatuan hutang atau pembiayaan semula!

Apa itu kaedah penyatuan hutang (debt consolidation) dan pembiayaan semula (refinance)?

Tidak semua hutang adalah buruk, malahan, ada kalanya ia boleh menguntungkan. Mengikut kaedah penyatuan hutang (debt consolidation), anda menyatukan semua hutang ke dalam satu pinjaman yang baru. Konsep yang sama juga boleh diaplikasikan sekiranya anda mempunyai lebih dari satu hutang kad kredit.

Pendekatan ini memudahkan anda dengan menyatukan semua hutang kepada satu sahaja. Anda dapat memberi tumpuan kepada satu bil sahaja. Ia juga dapat menyelesaikan masalah faedah yang berganda dan berbeza-beza.

Kelebihan lain pendekatan ini adalah sekiranya kesemua akaun hutang anda yang sedia ada merupakan pinjaman konvensional. Anda boleh menyatukan hutang tersebut di bawah satu akaun pembiayaan shariah. Berbanding dengan pinjaman konvensional, pembiayaan shariah mempunyai lebih banyak kelebihan.

Pembiayaan semula (refinance) juga menggunakan konsep yang sama. Di sini, anda menggantikan pinjaman yang sedia ada dengan pinjaman baru. Pembiayaan semula boleh dilakukan melalui institusi kewangan bagi pinjaman yang asal ataupun yang baharu.

Pembiayaan yang baharu ini mempunyai terma yang lebih menguntungkan. Dengan cara ini, anda boleh memanipulasi terma dan syarat pinjaman tersebut supaya anda akan mendapat manfaat dari pinjaman yang baharu tersebut.

Dapatkan pembiayaan peribadi Islam dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!

Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda yang penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP) , iaitu Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis.

Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP yang terendah dipasaran. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minima RM1,500 layak untuk memohon.

As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang di keluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.

Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.

Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan