Apakah Kelebihan & Kekurangan “Pembiayaan Semula (Overlap)”?

Apakah Kelebihan & Kekurangan “Pembiayaan Semula (Overlap)”?

Contents

Perkara-Perkara Asas Yang Pengguna Perlu Tahu

Tahukah anda bahawa selain daripada pembiayaan yang biasa kita dengar, terdapat satu lagi jenis pembiayaan yang tidak begitu diketahui umum, iaitu ‘Pembiayaan Semula’? Pembiayaan semula ialah proses mengambil pinjaman baharu dengan menyatukan semua komitmen bulanan/ hutang dan menjadi satu ansuran sahaja.

Peminjam biasanya membiayai semula pinjaman-pinjaman yang sedia ada untuk beberapa tujuan tertentu yang memanfaatkan dan memudahkan urusan pembayaran balik mereka. Penghutang yang bergelut untuk membayar pinjaman mereka ialah golongan pengguna yang paling sesuai untuk produk ini.

Sama seperti kebanyakan produk perbankan yang lain, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang ada pada produk pembiayaan semula yang perlu anda ketahui dan pertimbangkan sebelum memohon.

Kelebihan Pembiayaan Semula

Pembiayaan semula melibatkan penilaian semula terma dan syarat serta keadaan kewangan individu. Hutang yang biasanya dipertimbangkan untuk pembiayaan semula termasuk pinjaman kereta, pinjaman perumahan, dan pendidikan. Antara kelebihan utama pembiayaan semula termasuklah:

  1. Penstrukturan semula hutang
    • Penyusunan semula bagi semua perkara yang berkaitan dengan hutang-hutang sedia ada/kontrak asal seperti kadar keuntungan, jadual pembayaran, serta terma dan syarat akan lebih memudahkan peminjam dalam mengurus dan menyelesaikan semua hutang kerana ia telah diubahsuai mengikut kemampuan dan keperluan penghutang.
  2. Menurunkan kadar keuntungan (bergantung kepada tawaran produk)
    • Pembiayaan semula boleh memanfaatkan peminjam kerana anda berpotensi untuk menikmati lebih penjimatan dalam pembayaran balik dengan mendapatkan bayaran bulanan dan kadar keuntungan yang lebih rendah berbanding kontrak asal. Anda juga boleh menukar kadar keuntungan terapung kepada kadar keuntungan tetap, yang boleh memberi lebih penjimatan (mengikut situasi semasa, terutamanya dalam waktu seperti inflasi tinggi).
  3. Mencantikkan semula rekod kredit
    • Dengan lebih kemas dan teraturnya hutang anda, ia boleh memulihkan semula rekod kredit. Penstrukturan semula hutang memastikan anda boleh mematuhi jadual dan terma dan syarat yang dipersetujui bersama agar tidak lagi terlepas dalam membuat pembayaran bulanan; seterusnya ia boleh memperbaiki rekod kredit anda yang dahulunya mungkin ‘rosak’ akibat kerap terlepas membayar pelbagai hutang.
  4. Menyatukan semua hutang bulanan untuk kemudahan
    • Memiliki pelbagai hutang dan akaun hutang yang berlainan boleh mengelirukan atau membuatkan anda terlepas pandang. Penyatuan semua hutang mampu mengatasi masalah ini, sekaligus memudahkan urusan anda.
  5. Mengurangkan beban komitmen
    • Dengan peluang untuk menetapkan tempoh pembiayaan berdasarkan keupayaan dan keperluan anda, ini secara langsung membantu dalam mengurangkan beban komitmen dalam jangka masa panjang.
  6. Mendapatkan tunai dalam tangan dengan pembiayaan semula untuk membantu pelanggan yang mempunyai potongan 60%
    • Melalui pembiayaan semula, anda boleh memperoleh kemasukan wang tunai untuk keperluan kewangan yang mendesak.

Kekurangan Pembiayaan Semula

Tiada produk perbankan yang 100% sempurna, dan ini termasuklah bagi produk pembiayaan semula. Antara beberapa kekurangan utama pembiayaan semula ialah:

  1. Jika tempoh pembiayaan anda ditetapkan semula kepada tempoh asalnya, jumlah bayaran kadar keuntungan anda sepanjang tempoh pembiayaan mungkin melebihi jumlah yang anda simpan pada kadar yang lebih rendah.
  2. Anda berisiko mengurangkan ekuiti yang anda pegang bagi hartanah milik anda.

Sebelum membuat sebarang permohonan, sebaiknya anda pertimbangkan dulu semua kelebihan dan kekurangan yang ada berdasarkan keadaan kewangan dan keperluan anda. Rujuk penasihat kewangan yang bertauliah sekiranya anda perlu saranan lanjut.

Satukan hutang-hutang anda dengan pembiayaan semula yang ditawarkan oleh Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP)

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, pelbagai pembiayaan seperti kad kredit, pendidikan, dan pembiayaan peribadi lain mempunyai tempoh pembayaran balik yang berbeza serta jumlah yang berlainan yang boleh membebankan anda sebagai peminjam.

Jom mohon pembiayaan semula dengan menyatukan hutang anda dan tumpukan kepada satu ansuran sahaja bersama YYP. Produk pembiayaan semula ini khas untuk penjawat awam Malaysia, kakitangan badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terpilih sahaja. Antara ciri-ciri produk ini ialah:

  • Jumlah pembiayaan RM3,000 sehingga RM250,000
  • Kadar keuntungan serendah 6.66%
  • Tempoh pembiayaan selama 1 tahun sehingga 10 tahun
  • Jenis pembiayaan Islam tidak bercagar
  • Pendapatan minimum serendah RM1,500/bulan
  • Patuh Shariah

Dapatkan pembiayaan peribadi Islam dengan lebih mudah melalui As-Sidq.com!

Memohon pembiayaan peribadi merupakan pertolongan kewangan yang mungkin dicadangkan kepada anda apabila anda dalam kesempitan wang. Bagi anda yang penjawat awam, pembiayaan peribadi terbaik yang boleh pertimbangkan adalah pembiayaan peribadi dari Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis (YYP), iaitu Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis.

Kadar keuntungan yang ditawarkan merupakan KADAR TETAP. Pelanggan boleh menyemak kelayakan serta membuat penyatuan hutang bagi meringankan beban komitmen bulanan. Pendapatan minimum RM1,500 layak untuk memohon.

As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Shariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk-produk yang anda layak memohon.

Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.

Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran tambahan. Mohon segera di sini!

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan