Ketahui perbezaan di antara tandatangan digital dan elektronik di sini!
Sejajar dengan kepesatan era digital, semakin ramai yang memilih untuk melakukan transaksi secara talian. Seperti kebanyakan teknologi lain, ia secara umumnya memudahkan para pengguna terutamanya semasa berurus niaga.
Namun, dengan peningkatan penggunaan, wujud juga ancaman kecurian identiti dan penipuan. Untuk melindungi pengguna, tandatangan digital dan tandatangan elektronik muncul sebagai satu bentuk pengesahan yang selamat dan sah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan di antara kedua-duanya.
Contents
Tandatangan Elektronik
Tandatangan elektronik merupakan pengganti kepada tandatangan tradisional dalam dunia digital. Ia merupakan tanda persetujuan daripada individu yang membenarkan dokumen atau transaksi dalam talian itu sah.
Cara untuk mencipta tandatangan elektronik adalah dengan menggunakan pelbagai perisian seperti MS Word, PDF, Google Drive, Excel dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, tandatangan elektronik ini tidak memberikan pengesahan atau perlindungan yang kukuh terhadap dokumen tersebut.
Tandatangan Digital
Tandatangan digital merupakan satu bentuk pengesahan keaslian dan integriti sesebuah dokumen. Ia menggabungkan beberapa teknologi seperti kriptografi dan sijil digital untuk mengesahkan identiti individu serta memastikan tiada perubahan yang dibuat terhadap dokumen tersebut.
Tandatangan digital dianggap lebih selamat berbanding tandatangan elektronik kerana ia menggunakan teknologi yang lebih canggih. Penggunaan tandatangan digital yang diiktiraf dapat digunakan untuk mengesahkan perkara-perkara berikut:
- Kerahsiaan (confidentiality)
- Pengesahan identiti (identity authentication)
- Tidak boleh disangkal (non-repudiation)
- Integriti (integrity)
Adakah Tandatangan Digital Dan Tandatangan Elektronik Dianggap Sebagai Kontrak?
Perundangan untuk tandatangan elektronik adalah di bawah Akta Perdagangan Elektronik 2006. Akta ini mendefinisikan tandatangan elektronik sebagai apa-apa huruf, aksara, nombor, bunyi atau apa-apa simbol lain atau apa-apa gabungan yang dicipta dalam bentuk elektronik yang diterima pakai oleh seseorang sebagai suatu tandatangan.
Selain itu, akta tersebut menjelaskan bahawa sekiranya sebuah dokumen adalah dalam bentuk mesej elektronik, maka tandatangan itu hendaklah tandatangan elektronik yang dilampirkan kepada mesej elektronik tersebut. Selanjutnya, tandatangan elektronik adalah boleh dipercayai jika individual tersebut boleh dikenal pasti, dikesan dan dipercayai sewajarnya.
Tandatangan digital pula dikawal selia oleh Akta Tandatangan Digital 1997. Ia diwujudkan agar tandatangan digital dapat menjamin keselamatan transaksi elektronik selain mengesahkan penggunaan tandatangan digital melalui perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuas pemerakuan berlesen.
Pihak berkuasa pemerakuan tersebut adalah pemegang lesen di bawah Akta 1997 yang terdiri daripada empat syarikat iaitu Post Digicert Sdn. Bhd., MSC Trustgate.com Sdn. Bhd., Telekom Applied Business Sdn. Bhd. dan Raffcomm Technologies Sdn. Bhd.
Akta Tandatangan Digital 1997 mengatakan bahawa dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan digital adalah mengikat di sisi undang- undang. Dokumen tersebut adalah seperti ditandatangani dengan tulisan tangan, cap ibu jari yang ditambah atau sebarang tanda lain.
Rumusan Perbezaan Tandatangan Digital Dan Elektronik
Kesimpulannya, walaupun tandatangan digital dan elektronik memberi alternatif kepada tandatangan tradisional, adalah penting untuk kita fahami keselamatan di antara kedua-duanya.
Masyarakat perlu menerima tandatangan digital sebagai medium yang lebih selamat dan terjamin, berbanding tandatangan elektronik yang mungkin tidak menawarkan perlindungan yang sama.
Dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang kedua-duanya, kita boleh menjaga keselamatan dan keberkesanan transaksi dalam talian kita.
Kini Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) menggunakan teknologi tandatangan digital yang lebih mudah dan selamat!
Pembiayaan Peribadi-i Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad (YYP) adalah sebuah pembiayaan patuh Syariah khusus buat pekerja berstatus tetap (atau kontrak KEMAS) kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, agensi kerajaan/badan berkanun terpilih, GLC atau Polis. Pendapatan minima untuk memohon hanya RM1,500 sebulan (termasuk elaun). Selain proses yang mudah dan cepat, Pembiayaan Peribadi-i YYP mempunyai ciri-ciri berikut:
- Jumlah pembiayaan: RM3,000 – RM300,000
- Tempoh pembiayaan: 1 – 10 tahun
- Kadar keuntungan Tetap: 6.65% – 9.99% setahun
- Konsep Syariah yang diguna: Tawarruq (Komoditi Murabahah)
- Proses sepantas 24 jam
- Tiada yuran guaman
Anda juga tidak memerlukan sebarang penjamin atau cagaran. Dokumen yang diperlukan juga adalah mudah iaitu:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini
- Surat pengesahan jawatan
- Salinan penyata/buku akaun simpanan
Dapatkan pembiayaan peribadi yang mudah dan cepat untuk penjawat awam di sini!
As-Sidq adalah platform sehenti untuk mencari, mendapatkan padanan dan membuat permohonan untuk produk-produk kewangan patuh Syariah yang dikeluarkan oleh institusi kewangan seperti bank, koperasi, dan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen (PPW) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Anda hanya perlu isikan borang dalam talian yang mudah dengan keperluan kewangan dan butiran peribadi anda, dan sistem kami akan memadan anda (serta merta) dengan produk- produk yang anda layak memohon.
Dari senarai produk kewangan yang dipadankan, nilaikan butiran produk (seperti anggaran kadar keuntungan) dan pilih produk yang anda ingin memohon. Anda boleh memilih lebih dari satu produk untuk dimohon.
Assidq.com memproses semua butiran dan dokumen peribadi secara automatik dan selamat dan TIDAK mengenakan sebarang yuran. Mohon segera di sini!