𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐑𝐂𝐄 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐑𝐂𝐄 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚

2 November 2023 | Khamis

Pihak RCE telah menyumbangkan beberapa jenis peralatan perubatan untuk memenuhi kegunaan pihak hospital. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami untuk membantu Hospital Putrajaya meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan.

Majlis penyerahan telah diadakan di Lobi Pentadbiran Hospital Putrajaya. Turut dihadiri Pengarah Hospital Putrajaya, YBrs. Dr. Suraya binti Amir Husin, Timbalan Pengarah Perubatan, YBrs. Dr. Hariati Binti Jamil dan Dr Mohammad Khairol Anwar Yusop, Ketua Penolong Pengarah, Ybrs, Dr. Nor Zulaikha dan serta ketua-ketua Jabatan/Unit Hospital Putrajaya.

Pihak RCE mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Hospital Putrajaya. Kami berharap agar sumbangan ini dapat membantu pihak hospital dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Tinggalkan Balasan