Tanggungjawab Sosial Korporat

Inisiatif CSR Tan Sri Azman Hashim

Yayasan Azman Hashim, dibawah pimpinan Tan Sri Azman Hashim adalah organisasi amal tidak berasaskan keuntungan yang menumpukan untuk peningkatan pendidikan dan kebajikan dikalangan yang kurang bernasib baik serta mereka yang memerlukan bantuan.

Nota: Tan Sri Azman Hashim, melalui Amcorp Group Berhad, adalah pemegang saham majoriti RCE, iaitu pembiaya tunggal bagi Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis.

25 Mei 2019

YYP Meraikan Ramadhan dengan Komuniti Tempatan

Ramadhan adalah bulan untuk mengisi aktiviti kerohanian dan melakukan amal jariah. Justeru, YYP telah mengambil inisiatif untuk meraikan Ramadhan bersama komuniti tempatan dengan mengadakan Majlis Buka Puasa di Kelab Darul Ehsan. Sambutan itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran 50 anak yatim dan pelajar dari Maahad As-Sobirin Patoni Malaysia. Setelah dijamu dengan hidangan buka puasa yang lazat, para pelajar diberi hadiah dan elaun asas oleh YYP untuk menyokong perbelanjaan harian mereka sebagai tanda cenderahati.

YYP akan terus terlibat dan menyokong aktiviti komuniti setempat melalui usaha yang sama. Kami menyasarkan lebih banyak acara kemasyarakatan pada masa akan datang.

Mei 2020

YYP: Bantuan Kepada yang Memerlukan Semasa Pandemik

COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada ekonomi Malaysia dan komuniti tempatan. Kami juga merasai apa yang dialami oleh mereka yang terkesan dengan teruk. Oleh yang demikian, wakil pasukan YYP telah memberi bantuan kewangan serta-merta kepada Persatuan Umat Kasih Malaysia dan Pusat Rawatan Amal untuk membantu mereka menghadapi waktu yang mencabar dan meringankan impak pandemik.

Selain dari itu, wakil pasukan YYP juga telah mengagih-agihkan keperluan harian seperti, telur, beras, gula, tepung, minyak masak dan biskut kepada golongan yang memerlukan di Bukit Indah, Ampang dan kawasan sekiatarnya. Majlis Bantuan Hari Raya telah dianjurkan untuk golongan miskin dan Asnaf pada 12.05.2020 di Surau Ampang Saujana, Ampang dengan sumbangan berbentuk angpau atau duit raya.

YIR akan meneruskan usaha dengan menghulurkan pertolongan terhadap komuniti tempatan dalam menangani COVID-19.

8-10 Januari 2021

YYP: Program Bantuan Banjir di Pahang

Berita tentang krisis banjir yang melanda menjadi tajuk utama tahun baru Malaysia bagi 2021. Krisis banjir di Pahang tahun ini adalah yang terburuk, selain dari ribuan keluarga yang terpaksa dipindahkan, Lebuhraya Pantai Timur juga ditutup untuk beberapa hari kerana tidak selamat untuk digunakan.

YYP telah menyahut seruan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab. Bantuan seperti makanan dan keperluan harian telah dihantar oleh wakil YYP seramai 10 orang bermula dari 8 Januari 2021 selama 3 hari berturut-turut.

YIR akan terus komited untuk menyalurkan bantuan kepada yang memerlukannya dan berdoa kehidupan mereka yang terkesan kembali seperti sediakala.

AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009 DAN AKTA PINDAANNYA 2018

YYP mematuhi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pindaannya 2018. YYP mematuhi standard etika perniagaan, menghormati undang-undang tempatan dan tidak terlibat dalam segala bentuk rasuah, suapan, penipuan atau pembayaran kemudahan. Sebarang pelanggaran atau pertimbangan yang berkenaan dengan perkara tersebut harus dilaporkan segera kepada saluran berikut:

: 03 - 4047 0853 | : compliance@yyp.com.my